Sampai Upin & Ipin Menjadi Mangsa

Aku dapat benda ini dari wall facebook aku yang telah di share oleh rakan aku. Korang baca sendiri:

Jangan sebut Upin & Ipin. Sebutlah Uffin & Ariffin!!!!!!!!!!!!!!”
by Asan Ramli on Wednesday, November 3, 2010 at 2:12am

Advertisement

**SEBELUM TU SAYA MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH..ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DAN BUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN…***

***AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI WEB KONSPIRASI YAHUDI***

Sebutlah Uffin bukan Upin

Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud “Aku benci Rasul.”

Sebutlah Ariffin bukan Ipin

Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud “Aku suka Israel .”

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf “U” pada baju Upin dan “I” pada baju Ipin.”U” bermaksud ” USA “”I” bermaksud ” Israel ”

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,Digimon dan Mamula Moon.

LAGI SATU :

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalahagenda yahudi. ‘ i ‘ pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ‘ Israel ‘ .4g pula bermaksud “god, gold, glory and girl”. kalu kamu benar2 cintakanAllah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solatkamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.

ANDA MENILAIKAN ADAKAH BETUL ATAU TIDAK..

***JADI KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BONGKAR LAGI SILAKAN,KITA KONGSI KAN BERSAMA***

Aku tak paham dengan manusia sekarang. Dia tahukah pengasas animasi upin dan ipin ini adalah dari syarikat animasi Les’ Copaque Production Sdn Bhd. Syarikat 100% milik orang melayu yang sedia maklum juga adalah Islam. Agak-agak pon anti yahudi, israil dan amerika sekalipon hendak menulis pon biar la ada asasnya. Jangan main tulis ikut sedap hati jer. Kalau betul tidak mengapa, kalau tidak betul boleh jatuh kepada dosa menfitnah. Sudah la post di Facebook. Bila sorang baca dan di share kepada orang lain, dan orang lain share kepada orang-orang lain. Dengan sekali klik dosa berganda. Jadi lu pikir la sendiri.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

10 thoughts on “Sampai Upin & Ipin Menjadi Mangsa

  1. betul3..tak patut2 ade plak Upin & Ipin di fitnah sebegini. Apalah derang ni, tak pasal2 buat dosa kering..tambahlah saham akhirat ngn amal kebajikan. kan elok.Upin & Ipin tu jadi ikon kanak2. nk mengajar yg baik2 kan…hmmm

  2. hahaha… ini fitnah ok. obses sangat dgn konspirasi. lepas ni jangan makan telur mata kerbau sebab one eye. konspirasi yahudi. hahaha

    tak de teori lain ape? Bak kata sepupu aku, obses sangat dengan teori konspirasi will end up dgn rasa takut pada yahudi dan benda ni la yang menyebabkan akidah terpesong.

    entah2 teori konspirasi ni konspirasi yahudi. supaya kita saling memfitnah ~..~

    Teori konspirasi aku kluar jam 8.30 malam neyh :P

  3. nak ceritakan pasal isu ni, berlambak2 lagi benda2 yg lagi mengarut kat persekitaran kita sekarang..hidup sekarang penuh dengan pelbagai hiburan2 yang mensia2kan dan melalaikan..
    dah nama pun siaran tv atau filem adalah hiburan semata2..
    ini sememangnya adalah rancangan dunia akhir zaman..
    sedarlah wahai insan..
    Hayatilah word yg cuba aku sampaikan ini
    ‘Cuma mereka yang patuh dan taat kepada perintah Allah sahaja yang tidak akan terpukau dgn kekuasaan dajjal..’

Leave a Reply