PROTON Hebat di Asia Pacific Rally Championship (APRC) 2010

Siapa tidak kenal pengeluar kereta pertama di Malaysia yang baru mengeluarkan kereta terbaru mereka yang hebat iaitu PROTON Inspira. PROTON yang mula ditubuhkan pada tahun 1983 mula mencapai pelbagai kejayaan dengan mengeluarkan pelbagai model yang berjaya menarik minat rakyat Malaysia dan berjaya mengekspotnya ke luar negara antaranya China dan Iran.

Advertisement

Baru-baru ini PROTON telah melakar sejarah tersendiri dalam kejohanan Asia Pacific Rally Championship (APRC) 2010. Jentera Satria Neo S2000 dipandu oleh Alister McRae dan Chris Atkinson setelah memenangi satu dua dalam kejohan tersebut yang diadakan di China pada minggu lalu mengalahkan Mitsubishi Lancer Evolution turbocharged dan Subaru Impreza rally mobil yang selalu mendominasi kedudukan tersebut.

Dalam reli begitu lasak menyebabkan banyak kereta yang tersingkir, hanya 24 daripada 44 yang menamatkan acara dua hari yang diadakan di kawasan-kawasan pergunungan dan hutan buluh di luar bandar Longyou. Rally tersebut juga disertai banyak pengeluar terkenal seperti Mitsubishi, Subaru, Volkswagen, Suzuki, Honda, Citroen, Peugeot, Cherry dan BYD.

Dengan kejayaan ini, melonjakkan PROTON berada dalam tangga kedua dalam kategori pengeluar untuk musim ini dan membuktikan bahawa PROTON mampu bersaing dengan Mitsubishi dan Subaru yang selalu mengusai podium bagi kategori pengeluar. Kejayaan McRae menduduki tempat ketiga dalam kategori pemandu, menambahkan lagi kegembiraan pasukan PROTON dan menjadikan kejayaan terbesar musim ini.

Kami gembira dengan kemenangan ini dan ini dapat membuktikan daya saing Satria Neo S2000 dan PROTON sebagai pengeluar di arena rally antarabangsa. Memandangkan kami telah menyatakan sejak awal musim bahawa tahun ini akan menjadi salah satu tahun yang dikhaskan untuk ujian dan pembangunan, dan pada tahun yang mendatang adalah untuk mengutip kejayaan untuk kejohanan APRC.– Kata Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad.

Selain APRC, Satria Neo S2000 juga bersaing pada tahun dalam Intercontinental Rally Challenge (IRC) dimana ia bersaing dengan dengan pasukan dari pengeluar antaranya Peugeot, Skoda, Ford, ABARTH Fiat, Honda juga tidak ketinggalan Mitsubishi dan Subaru. Semenjak PROTON menyertai reli antarabangsa, PROTON telah memenangi gelaran APRC tiga kali pada tahun 2001, 2002 dan 2004. Pada tahun 2002 PROTON juga memenangi Produksi Mobil FIA World Rally Championship dalam kategori ia.Dengan kejohanan seperti ini dapat mempromasikan PROTON ke luar negara.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “PROTON Hebat di Asia Pacific Rally Championship (APRC) 2010

Leave a Reply