Movie Review : Skyline

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semalam aku mendapat jemputan untuk Premier Screening Skyone Skyline. Buat pertama kalinya Nuffnang buat Premier Screening di TGV Wangsa Walk. Aku yang sudah biasa ke sana, jadi tidak bermasalah kepada aku.

Advertisement

After a night of partying, a group of friends are distracted when beams of light awaken everyone in Los Angeles, that then attract every person like a moth to a flame. As the night progresses, they soon discover that once exposed to the light, they vanish into thin air, caused by extraterrestrial forces that later threaten to swallow the entire human species

Serang...Tentera menyerang kapal angkasa makhluk asing

Skyline ini mengisahkan makhluk asing aka alien menyerang bumi. Jalan ceritanya memang simple. Pelakon yang digunakan juga tidak ramai. Cuma banyak menggunakan teknik CGI sahaja. Untuk tidak menampakkan cerita itu mendatar, pengarah telah menggunakkan cara lain iaitu cara memeningkan penonton. Bagaimana tu?

Otak..otak..Kapal angkasa mencari manusia untuk mengambil otak mereka

Macam ini caranya. Pada awalan cerita terus tunjuk bumi telah diserang oleh makhluk asing. Selepas itu tunjuk hari ke tiga selepas diserang diikuti hari ke 2. Seterusnya sambung balik babak tergantung hari pertama di serang tadi. Selepas itu habis macam itu. Ha, paham tak aku cerita? Korang pon tidak paham. haha..

Cahaya Biru..Membuat orang terpukau.

Cerita ini hanya ada babak menyelamatkan diri. Kalau macam cerita Transformer adalah babak tentera berbincang cara menentang dan orang awam semua menyelamatkan diri. Tetapi cerita ini hanya tunjuk 5-6 orang cara mereka menyelamatkan diri lepas itu mati. Gila bosan ceritanya. Harapkan CGI sahaja. Aku bagi 2 dari 5 bintang untuk cerita ini. Tidak digalakkan untuk menonton.haha..

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Movie Review : Skyline

Leave a Reply