Iklan Topup Dalam Portal Rasmi Pelajar UiTM

Aku merupakan alumni UiTM. Kadang-kadang saja masuk student portal UiTM (istudent) untuk tengok info-info terbaru. Ada satu bahagian di portal tersebut yang diberi nama Newsflash selalu memaparkan iklan jawatan kosong. Aku selalu perasan ada satu iklan ni. Tajuk dia ‘KHAS UNTUK SEMUA PELAJAR’. Iklan tersebut selalu berada dibahagian atas mungkin sentiasa diupdate tarikh input kot.

Advertisement

Bila klik iklan tersebut, rupanya iklan perniagaan topup. Nampak sangat staff yang menguruskan portal tersebut telah menyalah gunakan portal tersebut untuk mengaut keuntungan dari pelajar. Aku harap, pihak terbabit sedar la tindakan dia melanggar tata etika kerja.

P/S : Aku boleh jer letak coding Adsense or Nuffnang kalau aku hendak. Tapi tidak terfikir hendak buat macam tu sebab sudah menyalahgunakan kepercayaan yang telah diberi.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Iklan Topup Dalam Portal Rasmi Pelajar UiTM

Leave a Reply