Biar Betul Penyanyi Pujaan Malaya Komen Blog Aku?

Korang ingat lagi tak dengan entri ini Sebut ‘S’ Pelat Tapi Jadi Penyanyi. Pagi ini, tiba-tiba aku dapat email untuk moderate satu comment ini untuk entri tersebut. Aku tengah sibuk menambah blog-blog tambahan under sub domain aku terpaksa merajinkan diri untuk meng’aprove’kan komen tersebut. Nama pengomen adzrin. Menggunakan open id untuk komen. Ayat dalam comment berbunyi macam ini :

Advertisement

anak perak, ha ah.. cute cute.. hahhahaa..
thank you ya suka lagu ni!
btw, memang tak reti sebut ‘S’ .. :’(

Dalam hati aku minah mana la yang perasan nak mampus mengaku Adzrin Adzhar. Aku main approve jer comment tu. Tapi bila follow link kat open id terus ke http://adzrinadzhar.blogspot.com/. Tak tahu aku ini blog dia sebetulnya or fan dia buat. Ye la, sekarang zaman id ni macam-macam boleh jadi. Aku jadi Justin Timberland pon orang percaya.haha.. Apa pon terima kasih Adzrin Adzhar sebab sudi singgah dan komen. Kalau betul awak Adzrin Adzhar, untuk show yang seterusnya jemput saya dan bergambar dengan saya. Baru saya percaya.haha.. :P

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

11 thoughts on “Biar Betul Penyanyi Pujaan Malaya Komen Blog Aku?

  1. adzrin says : takde maknenye ye fan yang buat blog ney…kalau tak, syane leh dapat gamba dengan kawan sume tu..? :P
    sy lebih suke manage blog+fb+twitter+myspace saya sndiri.. so boleh tau la sape suke sape tak suke.. tu yang jumpa nama awak kat google search tu! haaaa..naseb ske! hahhaha… so kite tau la kelemahan kite sndiri dan boleh betulkan mana2 kalau org tak suke.. tak sama dgn suruh orang buat utk kite..

    Comment telah ditransfer dari Sebut ‘S’ Pelat Tapi Jadi Penyanyi

Leave a Reply