Reviews : You Again

Assalamualaikum dan selamat petang. Pada jumaat lepas aku dapat ticket dari Rabiatul untuk cerita You Again. Aku pernah tengok trailer cerita ini. Memang macam best sebab cerita berunsur komedi. Nasib baik Rabiatul bagi aku ticket. Thankz pada dia dan Nuffnang.

You Again ini mengisahkan Joanna (Odette Yustman) atau jj yang selalu membuli Marni (Kristen Bell) semasa sekolah ingin berkahwin dengan abang Marni, Will (James Wolk). Telah Marni mendapat tahu akan hasrat abangnya yang ingin berkahwin dengan wanita yang membulinya masa sekolah maka berusahalah dia untuk menghentikan perkahwinan mereka.

Advertisement

Ibu Marni, Gail (Jamie Lee Curtis) menasihati Marni supaya jangan menyimpan dendam tapi ibunya juga sama dengan Marni menyimpan dendam terhadap makcik Joanna, Aunt Ramona (Sigourney Weaver) semenjak dari zaman sekolah. Dapatkah Marni menghalang perkahwinan Joanna dengan Will? Bagaimana dia ingin menghalang perkahwinan ini daripada berlaku? Bagaimana pula ibu Marni ingin menyembunyikan pentekaran dia masa sekolah menengah? Korang saksikan sendiri di pawagam berdekatan.

Sekolah Menengah Selepas Sekolah

Bagi aku cerita ini memang seronok sebab kelakar habis. Memang tidak rugi kalau korang menontonya. Banyangkan musuh hendak jadi besan dan akak ipar. Memang simpan geram sahaja. Masing-masing hendak tunjuk ego masing-masing sampai orang tengok pon lawak. Aku pagi 4 dari 5 bintang untuk cerita ini.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

6 thoughts on “Reviews : You Again

Leave a Reply