Reviews : Takers

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Pertama sekali aku hendak ucapkan terima kasih kepada kak sumi sebab bagi ticket Takers ini sebab kalau bukan kerana dia dan kepantasan aku. Aku tidak akan mendapat ini :


Kak sumi, sila lihat sahaja. Jangan jeles ok. haha.. Ok, habis sesi tayang dan menunjuk-nunjuk kepada kak sumi sekarang sesi untuk reviews cerita Takers.

Advertisement

Takers mengisahkan lima orang sahabat Gordon Betts (Idris Elba), John Rahway (Paul Walker), A.J. (Hayden Christensen), Jake (Michael Ealy) and Jesse (Chris Brown) yang kerja diorang merompak secara profesional. Setiap rompakan yang dibuat adalah dirancang secara rapi yang memakan masa berbulan-bulan juga. Rompakan terbaru mereka bernilai 2 juta telah berjaya dengan perancangan yang rapi mendapat perhatian LAPD Detective Jack Welles (Matt Dillon).

Berjaya melolos diri dengan helikopter

Hendak dijadikan cerita rakan mereka Ghost (T.I.) baru sahaja dilepaskan dari penjara pudu dan mendapat maklumat dari orang Rusia akan lori membawa duit berjumlah lebih dari 12 juta. Dia seterusnya memberi cadangan kepada geng lamanya itu untuk merompak lori tersebut lagi lima hari. Pada mulanya mereka tidak mahu tapi setelah dihasut dengan perasaan tamak. Berjayakah mereka merancang untuk merompak lori membawa duit dalam tempoh lima hari? Bagaimanakan cara mereka lakukan. Berjayakah rompakan tersebut? Korang saksikan sendiri di pawagan bermula esok 28 Oktober 2010

Ghost lakonan T.I

Menembak Russian Geng

Pendapat aku tentang cerita ini; Pada awal cerita aksi mereka merompak bank tersebut memang dasyat. Siap main bom tu. Cara melarikan diri juga penuh dengan perancangan yang rapi. Cerita ini banyak juga cakap-cakap sampai aku tertidur sebentar. hihi.. Ada satu babak Russian menyerang lima orang perompak tadi tidak berapa menarik kerana tiada sound effect untuk babak tembak menempak. Hanya ada bunyi muzik dan sedikit bunyi short gun. Aku bagi 2½ dari 5 bintang untuk cerita Takers.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

6 thoughts on “Reviews : Takers

Leave a Reply