Reviews : RED

Assalamualaikum dan selamat pagi. Aku bukan hendak review pasal red mummy mahupun red linda. Aku hendak reviews pasal movie Red yang sedang ditayangkan di pawagam. Dari apa yang diberi tahu penjaga fail CIA dalam cerita ini. Red bermaksud ‘Retired, Extremely Dangerous’ sebab dalam cerita ini semua telah bersara tapi tetap ganas dan aktif.

Advertisement

Red mengisahkan Frank (Bruce Willis), Joe (Morgan Freeman), Marvin (John Malkovich) dan Victoria (Helen Mirren) agen CIA yang telah bersara. Frank telah jatuh hati dengan Sarah (Parker) yang bekerja di pejabat yang menguruskan orang yang bersara di Kansas City. Frank banyak mengetahui rahsia besar dalam CIA pihak atasan CIA mengarahkan agen William Cooper (Urban) memburu dan membunuh Frank.

Frank yang tidak tahu apa-apa mula mencari punca kenapa beliau di buru. Dalam mencari punca tersebut Frank menemui senarai nama. Dalam senarai nama tersebut semuanya telah mati kecuali dua orang. Frank meminta bantuan rakan lamanya Joe, Marvin dan Victoria untuk memecah masuk ke dalam CIA Headquarter untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut. Apakah punca mereka diburu? Siapakah dalang dalam semua ini? Saksikan sendiri di pawagam berdekatan anda.

John Malkovich, kiri. Memegang watak gila-gila dalam cerita ini

Aksi ganas Helen Mirren menggunakan senjata

Pendapat aku tentang cerita ini :
Cerita ini bercorak action-comedy. Memang type cerita yang aku minat. Aksi dalam cerita ini memang terbaik bagi aku. Lawak selamba pelakon membuat penonton ketawa. Di selitkan sedikit dengan babak romantik menambah perisa dalam cerita ini membuatkan cerita ini lengkap. Senjata yang digunakan semua dasyat-dasyat dan banyaklah aksi meletup-melutup. Senang cerita memang terbaiklah cerita ini. Tidak rugi kalau korang menonton, make sure cari panggung yang mempunyi sound system yang best. Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk cerita Red

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

12 thoughts on “Reviews : RED

Leave a Reply