Reviews : The Other Guys

Assalamualaikum. Sob3..Menyedut hingus sebelum start menulis.hihi.. Hari ini selesema makin teruk. Sudah pergi klinik ambil ubat kejap tadi. Bukan susah pon hendak pergi klinik, bersepah-sepah klinik panel dekat Shah Alam ni. Sabtu lepas pergi Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting dan selepas itu pergi tengok wayang di Sunway Pyramid. Sebab itu la, aku dengan Linda minta diri awal sebab kami ada movie screening.hihi..

The Other Guys Poster

The Other Guys lakonan Samuel L. Jackson (P.K. Highsmith), Dwayne Johnson aka The Rock (Christopher Danson), Will Ferrell (Allen Gamble), Mark Wahlberg (Terry Hoitz) dan ramai lagi. Cerita ini mengisahkan polis yang berlumba-lumpa untuk menangkap penjenayah. P.K. Highsmith dan Christopher Danson merupakan partner yang cukup popular dengan aksi berani mati dan selalunya terselamat.

Advertisement
Samuel L. Jackson & Dwayne Johnson

Pada suatu hari mereka mengejar penjenayah dan telah melompat dari dari bangunan 20 tingkat. Gilo ke apa, ingat kebal ke boleh lompat setinggi itu. Mati juga akhirnya. Allen Gamble dan Terry Hoitz ditugaskan untuk membuat kerja-kerja pejabat. Dengan kematian P.K. Highsmith dan Christopher Danson mereka ingin menjadi ‘the other guys’.

Will Ferrell & Mark Wahlberg
Isteri Allen Gamble, Dr. Sheila Ramos Gamble. Lakonan Eva Mendes

Dapatkah mereka menumpaskan penjenayah dengan gaya mereka tersendiri? Korang saksikan di panggung wayang berdekatan. Cerita yang berunsurkan aksi komedi ini memang jenis kesukaan aku. Cerita ini penuh dengan aksi dan penuh dengan lawak. Tapi aku rasa lawak lagi banyak kot. Siapa tidak kenal dengan Will Ferrell, seorang pelawak yang terkenal. Tapi yang tidak boleh bla, isteri Will Ferrell dalam cerita ini adalah Eva Mendes (Dr. Sheila Ramos Gamble) yang cukup hot. Sampai Mark Wahlberg tidak percaya. Untuk cerita ini, aku bagi 4/5 bintang.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Reviews : The Other Guys

Leave a Reply