Polis Diraja La Sangat

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin semua. Marah malam tadi tidak hilang-hilang lagi. Entri ini ditujukan untuk last car convoy dari Highway Mahameru menghala ke Jalan Ampang pada 10/10/10 dalam jam 8.30 malam.

Alkisahnya macam ini. Aku hendak menghala ke Keramat. Dalam perjalanan ke sana, di Highway Mahameru ada satu convoy polis escot sapa entah melalui jalan yang sama. Jalan tiga line jadi aku ambil line ke dua, ingat muat la kereta tu lalu. Tiba-tiba polis suruh aku ke tepi lagi, rupanya tidak muat sebab mereka bawak kereta “Kebal” dan aku ikut la arahan polis tersebut ke tepi lagi. Depan tu ada susur keluar kemana tah. Aku bukan biasa jalan-jalan KL ni, jadi aku berhenti tengah-tengah susur keluar sampai habis convoy tadi lalu.

Advertisement
Lakaran Highway Mahameru
Lakaran Tempat Kejadian

Bila sudah sampai last car kereta polis, aku tunggu lama sedikit bagi ada gap antara aku dengan mereka sebab nanti mereka ingat aku hendak follow convoy mereka. Ambil jarak dalam 500 meter dari last car tadi. Speed aku bawa tidak sampai 80 km/j. Sampailah susur keluar jalan Ampang. Aku berilah isyarat ke kiri dan kebetulan juga convoy tadi melalui jalan itu juga.

Convoy tadi menjadi perlahan kerana melalui sebuah lampu isyarat dan dengan tiba-tiba kereta polis di hadapan aku membuka pintu di bahagian penumpang hadapan dan seorang polis trafik mengeluarkan sedikit badannya sambil menunjukkan jari telunjuk tanda amaran. Nasib baik aku tidak membalasnya dengan menunjukkan jari hantu tanda protes. Kebetulan juga aku hendak susur ke kiri lagi untuk ke Dato Keramat. Kalau aku terus lagi mahu polis tadi keluar dari kereta dan maki aku sebab dia ingat aku degil lagi hendak follow mereka.

Apa ke berlagaknya polis tu. Ingat aku kempunan hendak follow convoy mereka. Entah dewa mana mereka escot sampai jadi berlagak macam tu. Macam dia seorang bayar cukai jalan. Mereka hendak bangga sangat escot orang kenapa? Mereka tahukah yang pengguna jalan raya lain duduk maki mereka sebab jalan jem pasal mereka? Lain kali tutup jalan tu terus tak pun buat highway khas untuk orang kenamaan. Tiada la menyusahkan pengguna jalan raya lain yang sedia maklum membayar cukai jalan juga.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Polis Diraja La Sangat

Leave a Reply