Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin semua. Weekend memang agak sukar untuk aku mengupdate blog disebabkan ketiadaan internet di rumah aku. Hendak update pakai phone tapi celcom di kawasan rumah aku agak teruk juga. Masih ingat lagi akan poster ini.

Glitterati Plus Open Meeting Poster

Orang semua dah update lama tentang event ini aku baru hari ini hendak update. Dimana ia berlangsung korang boleh baca sendiri di poster tersebut. Kali pertama melangkah masuk ke TAYLOR’S UNIVERSITY COLLEGE Lake Side Campus memang rasa teruja gila. Gila ko tak teruju, korang tengok sahaja gambar keadaan kat sini. Dapat masuk jadi pelawat kira ok, hendak masuk sebagai student kopak abis parents aku.

Advertisement
Taylor's University Lake Side Campus View

Berbalik pada Glitterati Plus (G+), ia merupakan satu komuniti baru diwujudkan oleh untuk blogger yang berstatus Glitterati. G+ telah diwujudkan di Singapore dan kini mencari ahlinya di Malaysia.

Apa yang korang dapat bila join G+ ini?

  • Dapat special press screening (Berbeza dengan screening biasa, press screening ni seminggu awal sebelum tayangan dan yang mana ada 3D korang dapat layan).
  • Dapat join event yang lebih gempak dan dasyat serta contest yang menawarkan hadiah lebih lumayan der.
  • Dapat exclusive jemputan untuk event anjuran client Nuffnang.
    Menguruskan community untuk event Nuffnang akan datang.

Shah, President Glitterati Plus Malaysia

Menarik bukan? Tapi ada syarat-syaratnya.

Syarat-syaratnya mudah sahaja semudah 1,2,3.

  1. Aktif berblog bermaksud paling teruk pun 5 post sebulan. Aku rasa korang lebih dari itu.
  2. Aktif joint event Nuffnang bermaksud menghadiri 30% event anjuran Nuffnang sahaja. Event anjuran JKKK atau belia 4B tidak dikira
  3. Join 50% contest anjuran Nuffnang. Menang atau tidak belakang kira. Yang penting join jer contest

Banyak syarat-syaratnya? Jangan kuatir, jika tidak dapat memenuhi kesemuanya, cukup sekadar memenuhi dua dari tiga syarat diatas. Adakah anda salah seorang yang dicari selama ini? Macam mana ingin mendaftarnya? Untuk maklumat korang, laman web G+ dalam proses pembinaan. Bila sudah siap, ia akan lengkap dengan borang permohonan online untuk menjadi ahli G+. Jadi, nantikan update dari G+ dengan follow di Twitter @GPlusMy dan like page di Facebook GPlusMy.

Antara Blogger Yang Hadir

Untuk gambar dan details lagi boleh usha blog rakan blogger yang lain :

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

14 thoughts on “Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting

Leave a Reply