Melaka Maju 20.10.2010 Jam 2010

Malam ini merupakan detik bersejarah negeri Melaka iaitu majlis pengistiharan Melaka maju 2010. Melaka telah maju? Persoalan itu bukan orang luar dari Melaka persoalkan bahkan oranga negeri Melaka sendiri akan mengeluarkan persoalan berikut. Bagaimana Melaka boleh diiktiraf sebagai negeri maju?

Sebelum itu, eloklah awal-awal lagi para peserta bersetuju bahawa “maju” atau “developed” itu boleh dilihat dari pelbagai dimensi atau multi dimensional. Justeru itu, sukalah saya tegaskan bahawa di bawah Sistem Bangsa-bangsa Bersatu, TIDAK ada established convention for the designation of “developed” and “developing” countries or areas.

Advertisement

Petikan teks ucapan YAB Datuk Seri Hj. Ali Rustam

Melaka telah mencapat 29 dari 32 indikator yang berorientasikan welfare, seperti yang disyorkan oleh OECD(Organisation for Economic Co-operation and Development ), untuk mengukur tahap kemajuan negeri Melaka. Ia mengambilkira Human System dan Eco-system. Petunjuk ini merangkumi aspek ekonomi & infrastruktur, manusia, rakyat dan alam sekitar.

Sungai Melaka Diambil dengan Sony Ericsson W910i

Setelah mendapatkan status negeri maju, aku rasa makin sesaklah jalan-jalan di negeri Melaka yang sedia maklum sesak. Itu baru nampak majukan sebab negara maju semua jalan sesak-sesak. Masalah sosial makin berleluasa dengan peningkatan pelancong-pelancong luar. Kalau pada sesiapa yang tidak pernah ke Melaka, anda pergilah lepak di kawasan Dataran Pahlawan pada lewat malam. Banyaklah kaki-kaki mabuk akan kelihatan baru balik dari kelab malam. Selain itu pada malamnya penuhlah kaki-kaki kereta berlumba di Dataran MBMB dan yang bermotosikal merempit di jalan-jalan kampung seperti di Pantai Puteri. Pertama kali aku solat jumaat yang jemaahnya tidak lebih dari 10 saf, adalah di MASJID Negeri Melaka.

Aku cakap berdasarkan perngalaman aku tinggal disana selama setahun. Itulah realiti keadaan di Melaka. Aku akui, pembangunan disana memang rancak. Banyak projek-projek besar dijalankan tapi itulah, masalah sosial masih lagi tidak dapat diselesaikan. Tahniah negeri melaka kerana mencapat status negeri maju. Apapun nantikan siaran langsung majlis pengistiharan Melaka Maju 2010 di TV3 jam 8.10 minit malam. Media Prima sebagai penyiar rasmi.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

One thought on “Melaka Maju 20.10.2010 Jam 2010

Leave a Reply