Kampus Cawangan UiTM Mengadakan Konvokesyen Sendiri

Sebelum ini aku mendengar ura-ura menyatakan selepas ini kampus cawangan UiTM akan mengadakan istiadat konvokesyen sendiri akhirnya terjawab dengan keluarnya Pekeliling Pendaftar Bil 41/2010. Terdapat empat cawangan UiTM yang akan mengadakan Istiadat Konvokesyen UiTM untuk kali ke 73 secara sendiri iaitu UiTM Perak, UiTM Perlis, UiTM Terengganu dan UiTM Sarawak.

Bagi graduan yang menuntut di kampus cawangan iaitu UiTM Perak, UiTM Perlis, UiTM Terengganu dan UiTM Sarawak serta Kolej-Kolej Bersekutu di empat negeri tersebut dimaklumkan anda akan bergraduasi di empat kampus cawangan yang telah dinyatakan. Manakala graduan yang menuntut di negeri selain yang dinyatakan diatas, anda akan bergraduasi di Kampus Induk Shah Alam.

Advertisement
Menara Sains & Teknologi UiTM Shah Alam

Dengan membuat istiadat sendiri maka dapat mengurangkan sidang dan kesesakan di UiTM Shah Alam. Ia juga dapat mengurangkan kos penginapan dan perjalanan bagi ibu bapa yang tinggal berdekatan dengan kampus anak meraka berlajar. Tapi yang tinggal di Perlis tapi anaknya belajar di kampus UiTM cawangan Sarawak memang nasib korang ler . Yang paling penting aku suka sebab kurang sikit sesak dekat sini. Untuk maklumat lanjut tentang majlis konvokesyen graduan boleh layari : http://konvokesyen.uitm.edu.my/

P/S : Siapalah yang menyerahkan skrol di kampus cawangan yer?

9 thoughts on “Kampus Cawangan UiTM Mengadakan Konvokesyen Sendiri

  1. nasib dah lepas konvo kt HQ. hehe..
    ada gak dengar pasal ni dengan kawan2 yg still belajar. patut pun uitm kt sini giat bina dewan baru… untuk konvo rupanya.

Leave a Reply