Jangan Lihat Bajet 2011 Luaran Sahaja

Bajet sudah di bentangkan pada jumaat lalu. Tapi masih dengar suara-suara sumbang dan ada juga suara yang merdu. Ramai juga blogger-blogger lain memberi pendapat mereka tersendiri. Bagi aku, bajet 2011 ini seperti bajet-bajet sebelum ini. Ada pro dan kontra dia, bermaksud ada yang memberi kebaikan ada yang membawa keburukan dan ada juga perkara yang aku rasa tidak melibatkan aku jadi aku tidak ambil kisah.

Sesetengah orang memberi pendapat hanya melibatkan kerangka sahaja tetapi tidak tahu dalaman iaitu cara pelaksanaannya. Seperti contoh cuti bersalin 90 hari di beri kepada kakitangan kerajaan. Ada yang tidak berpuas hati sebab terlalu lama bercuti, orang yang tidak berpuas hati sedia maklum adalah yang bekerja swasta. Sedangkan mereka tidak tahu cara perlaksanaannya. Kalau mereka tahu cara pelaksanaannya, aku rasa cuti bersalin kakitangan kerajaan sama dengan kakitangan swasta mungkin lagi sedikit dari kakitangan swasta.

Advertisement
Cuti Bersalin 90 Hari

Dalam bajet tahun 2011 ini, banyak projek-projek mega yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. Ade sesetengah projek bagi aku nampak pembaziran sebab tidak tahu fungsi sebenar. Tapi ada orang tidak berpuas hati dengan projek lebuhraya dan erl, apa kes? Tahukah kepentingan semua benda itu untuk kesejahteraan rakyat? Orang yang tidak berpuas hati itu duduk di luar negara jadi tidak tahu bagaimana orang disini merasai jem dan kesesakan menaiki pengangkutan awam. Lagipon kebanyakkan projek mega ini bukan 100% dibiayai oleh kerajaan, tetapi ada yang di biayai oleh syarikat swasta. Jadi, Adakah satu pembaziran?

ERL

Ini aku hendak sound pula kakitangan kerajaan yang tidak tahu bersyukur.Kita patut mengucapkan alhamdulillah kerajaan bagi wang bantuan RM500 ini tidak terus mengeluh. Kira bagus kerajaan hendak bagi, kalau tidak? Menganga la korang takpon mengira bintang di langit. Orang yang mengeluh ini, adalah orang yang terlalu berharap sangat dengan bonus. Jadi timbulah rasa tidak puas ati bila benda yang kita harap-harapkan tidak dapat.

Bagi aku, aku berpuas hati dengan bajet kali ini tambah-tambah part skim pembelian rumah pertama itu. Memang aku nanti-nantikan. Golongan belia patut menyambar peluang yang ada untuk memiliki eset sendiri. Tidak rugi membeli rumah ini. Seperti emas, ada naik turun harganya. Kereta sentiasa susut nilai dia. Tetapi rumah, satu-satu aset yang tidak pernah susut nilainya bahkan makin bertambah.

P/S : Bilalah aku hendak memiliki rumah sendiri?

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

10 thoughts on “Jangan Lihat Bajet 2011 Luaran Sahaja

  1. salam ziarah…mungkin pada pembangunan lahiriah Bajet 2011 itu bagus tapi persoalannya kenapa kerajaan masih gagal menyediakan bajet yang mesra usaha pembangunan modal insan dan kerohanian masyarakat berbanding melabur sedemikian banyak dalam sektor fizikal sedangkan faktor utama keberjayaan Wawasan 2020 dan cetusan transformasi negara bergantung kepada kemapanan jati diri dan modal insan negara….

  2. akak tak puas hati sebab cukai untuk anak tu tetap RM800 setahun…tak tau ker skrg ni barang mahal…mana cukup.yang lain..ada yang suka dan ada yang tak suka.

    tentang bonus tu dah baguslah…kalau tak ada lagi kena giggit jari

  3. @ata: salam.mungkin anda tidak melihat budget secara keseluruhan, kerajaan juga menyediakan budget untuk kerohanian dan pembangunan modal insan seperti

    * RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.

    * Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

    * Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

Leave a Reply