SmartTag RM4.50

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Office sudah mula sunyi sebab penghuninya telah mula pulang ke kampung. Bos aku start esok cuti, maka mulai esok aku akan heaven :p Semalam aku jangkakan tidak banyak la kenderaan di jalan raya sebab cuti sekolah sudah bermula bercuti dan sesetengah orang telah pulang ke kampung. Namun, sangkaan aku salah. Punya la jem teruk semalam, hampir waktu berbuka aku sampai ke KLCC. Buat apa aku pergi ke KLCC nanti aku ceritakan dalam entri seterusnya.

Advertisement

Semalam sudah la hujan lebat, jadi perut bertambah lapar. Bila lapar, kesabaran mulalah hilang. Tengah menunggu turn di lorong Touch’n Go (T&G), tiba² ada perkara yang menarik perhatian aku. Seorang wanita menaiki kereta keliasa telah menggunakan SmartTag keluaran terbaru. Aku pasti SmartTag ini tidak dijual mana² Customer Service Plus. Tetapi ia hanya dijual di supermarket dan sesetengah kedai barangan runcit.Harga dia amatlah berpatutan, tidak sampai RM5.00.

Inilah rupa SmartTag terbaru. Tetapi korang tidak boleh menggunakan lorong SmartTag walaupon menggunakan alat ini kerana lorang untuk SmartTag terbaru ini belum dibuka. Korang kenalah menggunakan lorong T&G. Untuk kelihatan lebih elegen, korang boleh membeli unit yang mahal sedikit seperti ini :

hehe..serius hilang tension aku bila nampak kereta depan pakai benda ini untuk touch. Memang bijak betul.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “SmartTag RM4.50

Leave a Reply