Reviews : Piranha

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Ini sambungan selepas beraya rumah Linda sabtu lalu. Masa tengah beraya tu sembang-sembang la dengan Cik Norfa dan Cik Helena pasal movie terbaru yang sedang ditayangkan di panggung wayang. Tiba-tiba macam mana terkeluar pulak pasal cerita Piranha. Cik Norfa kata rasa macam hendak muntah tengok cerita ni. Aku apa lagi mulalah berminat hendak tengok. Tanyalah cinta hati aku hendak tengok atau tidak, dia pon kata ok sebab hendak cuba kecekalan hati.

Advertisement

Tengok poster diatas sudah tahu cerita ini tentang apa. Tapi aku hendak jugak cerita walaupon korang sudah tahu.

Berlaku satu gempa bumi dalam sebuah tasik dan menyebabkan satu lurang atau gaung terbentuk di dasar lalu menyebabkan tempat pembiakan piranha terbongkar. Ketika itu summer time maka penuhlah manusia yang berpakaian separuh bogel berkumpul di tasik itu. Polis telah mendapat tahu tentang kewujudan piranha dalam tasik tersebut dan mengistiharkan darurat tetapi diorang ni degil tengah sedap bersuka ria. Ha, sebab degil itu maka piranha makan besar hari itu.

Ngeri Tak?
Kalau aku biar jer,orang bagi tahu taknak dengar

Cerita ini kategori 18PL sebab lengkap dengan ganas dan sex. Tapi banyak kepada ganas sebab yang adegan sex semua telah di sensored. Jadi cerita itu jadi pandek dalam sejam lebih dan cerita jadi tidak seimbang sebab asyik adegan ngeri sahaja. Pada yang jenis yang lemah semangat dan kecut perut tidak digalakkan untuk menonton cerita ini.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

15 thoughts on “Reviews : Piranha

Leave a Reply