Review : Vampires Suck

Assalamualaikum. Selamat pagi semua pengunjung blog anak perak. Sorry lama aku tidak update sebab balik kampung. Bukannya kat kampung tiada internet, cuma kemalasan tahap melampau. Lama aku tidak buat review padahal sudah banyak movies aku tengok, cuma entah mengapa malas buat reviews tapi tidak mengapa korang boleh baca di blog ~ReD~ sebab apa yang dia tengok, insyallah aku tengok sekali.

Advertisement

Cerita ini aku sudah lama menontonnya dia GSC One Utama. Korang boleh baca post aku sebelum ini bertajuk Berbuka Puasa Sebelum Vampire Suck. 1st aku ucapkan terima kasih pada Nuffnang sebab sudi memberi invitation sebab sudah lama rasanya tidak dapat invitation menonton wayang ini. Ish, panjang sangat pembuka katanya. Baiklah aku reviews cerita ini.

Scene Edward menyelamatkan Bella dari dilanggar kereta. Berbeza dengan Twilight, Edward menggunakan orang untuk menahan kereta tersebut. Tambah Tobasco baru ada selera hendak makan.Nyum3..

Jalan cerita Vampires Suck ini memang menyerupai dengan cerita Twilight cuma membezakannya ialah dia mengubah beberapa babak supaya lebih kelakar tahap melampau. Aku memang layan cerita twilight jadi bila aku tengok cerita Vampires Suck ini, aku akan memikirkan babak dalam Twilight. Memang serupa babaknya tapi Vampires Suck ini memang memerli tahap dewa carita Twilight. Jadi aku nasihatkan siapa yang fanatik dengan Twilight jangan tengok cerita ini sebab takut korang bakar panggung.

Awak kena siapa kami? Nelayan itu cakap inilah B.E.P.. Adik-beradik Cullen berkumpul jual muka.

Pada yang pernah tengok Twilight dan tidak fanatik memang korang di alu-alukan sebab baru korang yang feel lawak tahap pecah perut. Yang tidak tengok Twilight macam Linda pon gelak sampai guling-guling atas lantai, apatah lagi korang yang tahu jalan cerita Twilight sebenar. Untuk cerita ini aku bagi 4/5 bintang. Tepukan gemuruh untuk cerita lawak tahap dewa 2010 ini.

One thought on “Review : Vampires Suck

Leave a Reply