Iklan Raya TV3 Ditarik Balik

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ini aku hampir-hampir terlewat datang kerja. Sudah set jam hp pukul 6.45 tapi tangan tersalah terkan snooze, tertekan pulak stop. Terlajak la, apa lagi. Bangun-bangun sudah cerah bilik, mula mengelabah. Tengok jam, WTF sudah pukul 7.30. Terus loncat dan pergi mandi.Nasib baik baju sudah siap iron. Macam biasa sudah terlambat, bawak macam pelesit kota. Nasib baik sempat tepat-tepat 7:59:30 punch card. Memang bernasib baik.

Semalam layan berita kejap. Sudah lama tidak layan berita. Tiba-tiba keluar berita yang iklan hari raya tv3 ditarik balik selepas mendapat feedback dari penonton. Aku blur sekejap, iklan mana. Tunggu la, mana tau diorang ade preview balik iklan itu, tapi hampa takder. Jadi aku cari la di internet. Ya, jumpa juga. Thankz juga rakan Facebook sebab sudi share.

Advertisement

Iklan ini sebenarnya tiru ala-ala avatar gitu. Lepas itu tiru pulak macam santa claus. Lepas itu bunga pulak ala-ala budha gitu. Macam la unsur-unsur islam tidak boleh dimasukkan dalam iklan. Apa kuno sangat ker budaya islam sampai kena guna budaya dan agama luar untuk buat iklan. Nasib baik ditarik balik. Tapi aku rasa rugi jugak TV3 sebab buat iklan free ker. Nasib baik tayang di channel sendiri. Kalau ruang iklan luar tidak ker nanya.

P/S : Iklan Raya Petronas 2010 kali ini tidak best. Tiada siapa dapat melawan kekreatifan Arwah Yasmin Ahmad.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Iklan Raya TV3 Ditarik Balik

Leave a Reply