Hijau dan Raya Jangan Dipisahkan

Selamat Petang semua. Hari ini memang tiada mood hendak buat kerja. Mood raya sudah datang. Petang ini ada Majlis berbuka puasa bersama Digi. Terima kasih kepada Digi kerana sponser majlis berbuka puasa ini dan terima kasih kepada Nuffnang kerana memilih aku untuk jadi tetamu untuk majlis berbuka puasa di The Apartment, KLCC. Insyallah ini merupakan majlis berbuka puasa yang ke dua aku pergi di The Aprtment ini. Kali pertama anjuran Nuffnang. Korang boleh baca disini Berbuka Puasa Bersama Nuffnang atau Berbuka Bersama Nuffnanger. Hari sabtu hari itu aku berbuka puasa dengan blogger di Satey Kajang. Nanti aku ceritakan sebab tengah tunggu source.

Advertisement

Raya lagi 4 hari jadi meriah lah Facebook dan Email. Kad raya? Satu jer aku dapat. Itupon dari Naib Censelor UiTM. Bukan setakat kad-kad ucapan sahaja. Template blog juga kena ikut tema juga. Blog aku telah ku tukar header dia bertemakan hari raya. Color malas tukar sebab memang sudah ikut tema. Website Nuffnang juga telah bertukar hijau. Siap ada pelita lagi. Memang hijau tidak boleh lari dengan rayalah seperti ombak dan pandai.cewah..Sejuk jer mata memadang template baru Nuffnang. Kita tunggu Tahun Baru Cina, mesti meriah dengan color merah. Memang 1Malaysia la Nufnang ni. Sekarang aku sedang mencari mood untuk mendesign kad raya. Source masih tidak cukup.

P/S : Aku tak check lagi bonus dah masuk ke belum. Diorang kata hari ni, mintak-mintak la betul. Aku dah sengkek ni.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Hijau dan Raya Jangan Dipisahkan

  1. ada jugaklah org bg ko kad raya kan…leh gak lah gantung kat rmh..huhu

    lar..ko tk dpt lagi ke bonus ko? ..ish2…ape yg sengkek ni?
    cuba kalau takde bonus..ha camno? shopping byk sgt nih.

Leave a Reply