Aku Hendak Disaman Kerana Entri Aku

Assalamualaikum dan selamat pagi. Ada orang tidak puas hati dengan entri aku bertajuk Senarai Suplemen Mengandungi Bahan Beracun kerana telah menyenaraikan Tricajus lalu dia mengeluarkan kenyataan untuk menakutkan aku. Ayatnya seperti berikut :

Klik Untuk Tumbesaran

Wah, insurans berjuta tu. Habis tu, kenapa bila orang terkena kesan dari minum tidak boleh claim insurans yang berjuta itu? Aku bukan keluar kenyataan palsu atau mereka-reka cerita. Seperti tertulis di bawah entri tersebut “Petikan Dari Akhbar Berita Harian”. Kenyataan itu dipetik dari akhbar Berita Harian bertarikh 6 Ogos 2010 dan boleh dibaca dalam akhbar online Berita Harian : http://www.bharian.com.my/articles/Suplemenberacun/Article/. Tetapi dalam versi online tidak disenaraikan. Jadi aku menyemak status di Official Website MOH Pharmaceutical Services Division di pautan berikut http://www.pharmacy.gov.my/index.cfm?menuid=152&parentid=90 dan hasilnya seperti gambar di bawah. Habis macam mana ni? Takkan sanggup hendak saman blogger picisan macam aku ini?

Advertisement

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

24 thoughts on “Aku Hendak Disaman Kerana Entri Aku

  1. wah…..dasyat le org tu. kita pun tkde la nak buat kenyataan tanpa ada punca kan…takut company bankrap la tu, org tkmo beli barang dia. baik dia pi saman surat khabar tu dr saman kau…manusia-manusia.

  2. Salam,
    Mmmmm orang salah biasa dah salahkan orang tak salah supaya kesalahan dia orang tak nampak salah. Jadi, buat apa nak takut dengan orang salah yang tak sedar salah ataupun memang tau dia salah tapi nak kaverline yang dia tak salah tu kalau tuan blog ni sebenarnay tak salahpun? —-> brapa banyak salah daaaaaaa

    Dia bukannya dapat apapun kalau saman tuan blog ni kan? Baiklah pi saman paper, boleh juga dapat juta2 hasil dengan saman tu. betul tak?

  3. Cakap banyak tak gune, kalu dah lantang sangat nak sebut SAMAN, pegi saman MOH la mangkok! Tak malu ke sound blogger picisan yg dpt informasi dia dr kerajaan sendiri? Kata dah boleh saman, saman la MOH. Ape tak brani sbb duit Tricajus tu x cukup nak bayar peguam ek kalu nak saman MOH?

    Tp mungkin Tricajus tgh melawak. Kau tgh melawak kan?

  4. lah….ye ke….
    kawan aku kat opis berlumba2 makan benda tu….power lah..hebatlah….rupa-rupanya….bahaya….takot seh….tapi kalau confirm dah kena banned nape still dijual lagi yeop?….teman riso gak memeikir kesudahan kwn-kwn teman yg dok makan benda tu….

Leave a Reply