Yeo’s Green Bean Soy Drink Haram?

Assalamualaikum. Aku cuma mahu share email yang menyinggah ke inbox aku. Sumber kesahihannya masih lagi aku tidak ketahui sebab aku tidak jumpa lagi soya ini. Tapi untuk kes ini aku tidak pasti kesahihannya.

Email Berbunyi tertulis seperti ini:

Advertisement

Salam semua. Kali ini saya nak sentuh tentang minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yang tidak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia. Pernahkah anda dengar tentang produk minuman keluaran YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap² baca dahulu bahan² yang terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yang saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyalah, apalah bahan yang hendak dibubuh dalam minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya……..

Apakah benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, dari mana pihak pengeluar hendak dapatkan bahan atau sumber untuk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek…..hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di……. di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!

Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS “Green Bean Soy Drink “, lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

P/S : Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai e471 korang boleh baca disini

http://www.scribd.com/doc/12726785/List-of-Emulsifiers-e471-and-e472
http://www.food-info.net/uk/e/e471.htm

Dari apa yang aku faham, E471 boleh dihasilkan melalui dua cara iaitu dari tumbuhan dan lemak babi. Tetapi kita tidak boleh mengatakan semua E471 itu adalah lemak babi. Sebab kalau kita perhatikan bukan sahaja Green Bean Soy ini sahaja menggunakan bahan E471 terdapat makanan lain menggunakannya seperti Cadbury’s Chocolate, Wall’s Ice Cream dan sebagainya tetapi telah disahkan halal oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Apapun kita serah pada yang pakar dalam pada sama-sama kita perlu berjaga-jaga.Seelok-eloknya elakkan benda yang was-was.Wallahualam

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

6 thoughts on “Yeo’s Green Bean Soy Drink Haram?

  1. produk ini tidak dijual di Malaysia…..jangan konfius pulak….yang dijual di Malaysia telah mendapat sijil halal JAKIM.

Leave a Reply