Why Vampires Suck?

Hah! Ganas gila bunyi tajuk entri kali ini. Bunyi macam memang anti vampires. Tapi memang pun aku anti vampires. Siapa yang suka berkawan dengan hantu? Aku rasa korang memang ade masalah mental, tambah² orang yang bercinta dengan vempires tu, memang korang wajib jumpa pakar sakit jiwa. Memang confirm korang ada masalah mental.

Vampires ini jenis isap darah sahaja kerjanya. Memilih makanan juga mereka ini. Favorite darah adalah darah manusia. Kenapalah mereka tidak makan sayur sahaja, lagi senang hendak cari. Sekarang ini sudah la ada pelbagai penyakit dari darah macam HIV/AIDS. Kalau vampires hisap darah jenis ini mereka tidak berjangkit ker? Itu yang aku pelik atau mereka pilih mangsa yang telah melalui saringan HIV/AIDS. haha..Vampires ini kalau hendak hisap darah mesti gigit dekat tengkuk, macam tiada tempat lain mereka hendak gigit. Ingat nampak romantik ker gigit dekat tengkok. hehe..romantik? Ape kena mengena yer? Ha, korang fikir la sendiri.

Advertisement

Selain itu, vampires ini seekor seorang ‘Puteri Lilin’ tidak kira lelaki atau perempuan. Langsung tidak boleh kena panas, memang mengada betul mereka ini. Sudah la tidak reti hendak tidur. Habis kalau bosan mereka buat apa? Takkan baca novel seram kot? Takpon layan cerita seram di TV3.

Korang hendak tahu lagi tentang vampires yang suck, nantikan tayangan Vampires Suck yang akan ditayangkan di pawagan pada 28 Ogos ini pawagan berdekatan anda.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

13 thoughts on “Why Vampires Suck?

Leave a Reply