Umpama Melepaskan Batok Ditangga

Mari kita belajar peribahasa bahasa melayu. Sudah lama tinggalkan zaman sekolah, banyak peribahasa melayu terlupa. Dulu masa sekolah siap ada satu buku peribahasa melayu, agak tebal jugalah bukunya. Belum lagi dicampur dengan peribahasa Karam Sigh Walia, mau jadi kamus kot.

Ok, dari tajuk yang korang baca adakah aku salah eja atau aku menggunakan ejaan melayu lama. Ejaan melayu lama banyak menggunakan ‘O’. Seperti ‘kampung’ yang sekarangnya dieja ‘kampung’.Sebenarnya ejaannya memang betul bukan sebab peribahasa ini orang lama yang buat dan ejaannya jadi macam itu. Kalau aku tanya korang apa maksudnya peribahasa ini, kompem korang semua boleh jawab. Kalau tidak boleh jawab, korang boleh la apply masuk sekolah rendah untuk sesi 2011. hehe.. Maksudnya, membuat sesuatu kerja sambil lewa saja.

Advertisement

Tapi aku bukan hendak membincangkan maksud peribahasa ini, aku cuma hendak bertanya korang apa yang korang paham tentang perkataan ‘BATOK’. Adakah batok ini adalah ini :

Salah sebenarnya. Batok yang dimaksudkan dalam peribahasa ini adalah ini :

Penceduk air yang digunakan pada zaman dahulu yang diletakkan di hadapan tangga rumah bertujuaan untuk membasuh kaki sebelum memasuki rumah. Ye la,zaman dulu mana ada selipar jepun. Lepas jepun jajah malaya baru wujudnya selipar ini.haha..memandai jer aku. Ha, bila sudah basuh kaki tu dah jenis malas main campak sahaja pancedok air aka batok tadi dari tangga jer. Lepas tu bila hendak guna barulah mata melilau hendak mencari. Selepas 18 tahun aku hidup (ingat umo aku tu) baru aku tahu maksud batok dalam peribahasa ini. Yang mana dah tahu awal², senyap² sudah :p

3 thoughts on “Umpama Melepaskan Batok Ditangga

Leave a Reply