Ribena Ada Kandungan Arak?

Aku jumpa artikal ini di Facebook. Tidak tahu kesahihannya. Tapi ikut logik, Ribena ini ada tanda halal. Tidak mungkin JAKIM tidak mengkaji ramuan dia sebelum mengeluarkan sijil halal. Propaganda siapa semua ini? erm..Apapun korang menilai sendiri.Jika rasa was-was baik jangan minum seperti dalam sebuah hadith :

Sabda Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam:

Advertisement

“Sesungguhnya yang Halal itu nyata, dan yang haram itu pun nyata, dan di antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala kesamaran (syubhah), sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. .” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. ‘Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,’ katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. ‘Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,’ katanya.Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. – Agensi

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

14 thoughts on “Ribena Ada Kandungan Arak?

  1. dah 25 tahun selalu minum ribena.. masa sekolah dulu fav adalah ribena.. cadang bila dah ada anak pun nak bekalkan dia minuman ribena ke sekolah…
    sekiranya kenyataan ribena ni haram kenalah berhenti minum.. jika was2 berhenti terus.. so..kenalah skodeng2 selalu JAKIM kan? ehehe…

  2. email pasal ribena nie dah lama dah..sebagai manusia bertamadun, kita xblh la terima bulat2 je segala email forward2 nie.. cuba cari sumber, cuba cari perkembangan terbaru & cuba lah dapatkan kepastian dari sumber2 yg blh dipercayai..

    kalau ikut sumber dari jakim, produk ribena disahkan mendapat sijil halal.. sijil halal mereka pun masih valid lagi..insyaallah rasanya jakim xkan sesenang hati beri sijil halal kalau isi kandungan ribena tue diragui

Leave a Reply