Ragam Dibulan Puasa

Assalamualaikum dan selamat petang. Lagi berapa jam untuk berbuka, tapi sudah terfikir apa hendak dimakan berbuka ni.Yang terbayang kat kepala ni pizza,ayam panggang sekor taknak separuh, nak sekor gak.haha..memang nafsu makan betul.Malam tadi merupakan malam pertama tarawih. Memang meriah surau di taman aku, macam ada kenduri kahwin aku tengok meriah. Dalam kemeriahan terdengar suara² cakap “ala, malam² awal. Tengok la dalam 5 hari hendak cukup 5 saf pon susah”.

Aku akui apa yang dia cakap itu betul, awal-awal sahaja semangat. Lepas tu makin kurang safnya.sehari 1 saf hilang sehingga hari yang berikutnya sampai la hampir Aidilfitri, last² tinggal imam dan bilal jer.hehe..Mungkin aku juga termasuk dalam orang² yang hilang itu.Kurangnya jemaah di surau atau masjid ada puncanya, mari kita lihat puncanya :

Advertisement
  • Berbuka Puasa Diluar
  • Masa awal² puasa jalan kompem jem gila sebab semua hendak balik rumah awal sebab ingin berbuka puasa dekat rumah. Selepas 2 atau 3 minggu puasa, hotel² dan restoran jadi tumpuan.

  • Balik Kampung
  • Yang mana di perantauan kompem akan rasa hendak balik kampung untuk berbuka dengan keluarga.Maka kuranglah jemaah di surau tersebut tetapi adakah bertambah jemaah di surau kampung? Tak jugak, bila balik kampung dapat makan sedap² bukan sahaja perut jadi berat, mata juga makin melabuhkan tirai.

  • Makanan
  • Makan segala macam benda² heavy metal, Selagi boleh muat, kasi sumbat. Tambah² yang makan free tu, kalau boleh hendak ditapau buat sahur.Yang makan bufet tu kompem kena makan lagi banyak. Mana taknya, bayar RM40 sekepala tapi minum air dah kenyang. Tapi fikir ade RM38.80 balance, maka kasi sumbat. Rugi la der kalau minum air jer, bayar punya la mahal.


    Jangan tenung lama² nanti batal puasa tu.hehe.. :p

  • Syaitan
  • Bila syaitan di ikat maka kita rasa kita selamat dari hasutan syaitan. Tapi ramai kecundangan dengan kesetanan diri sendiri. Maka hendak salahkan siapa kalau malas solat? Salahkan setan atau salahkan diri sendiri?

Mari kita sama-sama munasabah diri kita. Sambil aku munasabah diri aku sendiri, aku juga dapat mengingat korang. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk beribadah kepadanya, insyallah. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

9 thoughts on “Ragam Dibulan Puasa

  1. asal time puasa jemesti nak tepek makan best2, sedap2.

    program tv plak, meriah dengan program masakan. haiihhh..

    Review Filem Salt

    Apabila Ramadhan Menjelma

Leave a Reply