Kad Platinum MasterCard Bank Islam-Alumni UiTM

Hari ini berlangsungnya majlis pelancaran Kad Platinum MasterCard Bank Islam-Alumni UiTM, hasil kerjasama antara Bank Islam dan UiTM. Kad ini adalah Kad Kredit Platinum MasterCard jenama bersama (Co-brand) yang dilancarkan khusus untuk warga, alumni, sahabat handai serta kaum keluarga UiTM dengan usahasama di antara Bank Islam dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Advertisement

Semua warga alumni UiTM yang berdaftar, sanak-saudara dan kakitangan UiTM adalah layak untuk memohon Kad ini. Walaubagaimanapun, kelayakan minimum untuk memohon sebagai Ahli Kad Platinum MasterCard Bank Islam-Alumni UiTM adalah berumur 21 tahun ke atas.

Objektif Kad ini dilancarkan adalah:

  1. Untuk membantu usaha Kerajaan mencapai objektif 5,000 pelajar Luar Bandar yang tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk meneruskan pengajian di UiTM melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).
  2. Kadar 0.3% dari belian runcit menggunakan Kad ini akan disalurkan ke Tabung MDAB.
  3. Sumbangan RM60.00 bagi setiap Kad Utama yang diluluskan dan diaktifkan juga akan disalurkan ke Tabung MDAB.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari http://www.bankislam.com.my/

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Kad Platinum MasterCard Bank Islam-Alumni UiTM

  1. kira aku boleh apply lah nie…hahaha..bank islam aku dah lama tinggal berapa sen jer…hahaha

    btw, sumbangan? apesal sumbangan ada ketetapan nilainya? cakap jer yuran or service charge :P macam2 jer depa nie…xpe nt aku try apply..keke

  2. x kisah bank islam ade brp sen jer.ini bukan debit kad, ini kredit kad.

    Yup, ade brp % akan di derma untuk MDAB. Tapi Bank Islam tetap mau untung jugak :). Kira win2 situation

Leave a Reply