Dapat Wimax Inside 4G Notebook Percuma!

Selamat Pagi dan selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam. Dalam post sebelum ini bertajuk Berbuka Puasa Bersama Nuffnang, aku bagi tahu sebelum aku ke The Apartment aku singgah sebentar di Office Packet Hub. Pada yang tidak tahu Packet Hub ini, Packet Hub merupakan penyedia jalur lebar P1 Wimax. Apa aku buat pergi ke office mereka? Tujuannya adalah untuk mengambil ini :

Advertisement

Wah! Dapat notebook percuma.. Memang aku rasa cukup bertuahlah aku kalau P1 Wimax bagi notebook percuma pada aku. :) Tapi notebook ini diberi untuk aku test power laptop ini. Kira macam pandu uji kereta. Anda mesti pelikkan, kenapa pula P1 Wimax bagi notebook Acer Aspire One pada aku untuk testing? Adakah P1 Wimax juga mengeluarkan notebook? Tidak sama sekali, tetapi P1 Wimax telah berkerja sama dengan Intel untuk mengeluarkan technology terbaru. Apa yang membezakan notebook ini dengan notebook yang lain? Inilah yang membezakannya :

Nampak atau tidak logo yang bersinar-sinar itu? Itulah yang membezakan notebook ini dengan notebook lain. Notebook ini telah built-in wimax modem di dalamnya. Selama dua minggu aku menggunakkannya, memang mudah dibawa kemana-mana. Sudahlah notebook Acer ini sebesar buku nota, sementara menunggu kereta aku siap dibasuh sempat update status di Twitter dan Facebook. Masa Majlis Berbuka Puasa Dengan Blogger sementara tunggu waktu berbuka Linda sempat melayan Tweeter dan menyemak keuntungan di akaun Nuffnangnya. Orang disekeliling menjadi hairan macam mana budak ini boleh suft internet sedangkan tiada modem dicucuk, mulalah mereka periksa handphone tengok kalau-kalau kedai makan itu menyediakan WiFi. Periksa-periksa tiada, jadi bertambahlah kehairanan.

Jadi aku galakkan siapa yang kaki merayau dan dalam masa yang sama kaki online supaya menggunakan Wimax Inside 4G Laptop untuk memudahkan pergerakkan anda. Untuk maklumat anda boleh baca entry aku sebelum ini tentang ini :

Dan untuk mendapat maklumat tentang promasi dan package yang ditawarkan korang boleh melayari http://wimaxinside.com.my/index.html

Fact of the day : P1 Wimax recently crossed d 200k subscriber mark & covered 40% of Malaysia! stay tuned to more updates on their coverage!

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Dapat Wimax Inside 4G Notebook Percuma!

Leave a Reply