Review : The Back-up Plan

Selamat pagi dan assalamualaikum. Semalam tak sempat membuat entri sebab menemani sayangku. Sampai ke rumah sudah kepenatan. Minggu ini sahaja dapat menemani dia sebab minggu depan aku sudah balik kampung dan terus ke tempat kursus selama dua minggu.huhu..lamanya..Semalam pergi tengok cerita The Back-up plan di GSC One Utama. Memang jem la gila semalam, aku tidak tahu kenapa. Macam hari kerja lak semalam. Dekat faderal highway tu bsepah-sepah kereta. Masa balik pon sama dekat tol batu 3 menghala shah alam punya banyak kereta di lorong tunai.

Advertisement

Ok berbalik kepada cerita The Backup Plan. Cerita bertredkan romantik komedi ini mengisahkan Zoe lakonan Jennifer Lopez yang berkeinginan memiliki seorang anak. Jadi dia pergi ketabung sperma untuk untuk memasukkan sperma kedalam vagina dia. Selepas itu dia terjumpa dengan Stan lakonan Alex O’Loughlin. Stan seorang student dan masa yang sama bekerja part time sebagai penjual keju. Dari situ bibit percintaan mula terjalin. Pada satu malam selepas mereka melakukan hubungan seks Zoe telah memberi tahu Stan bahawa dia mengandung. Stan terus bercakap takkan secepat ini? Baru jer make love.hehe..


Kereta Zoe sampai melanggar pokok disebabkan terangsang melihat Stan

Pada mulanya stan susah untuk menerima, ye la anak orang lain. Tetapi akhirnya dia menerima juga Zoe. Dia kata kalau dia sayang Zoe dia kena terima anak ini juga. Bagus betul mamat ni. Pada suatu hari Zoe menjalankan pemeriksaan dan didapati mereka dapat anak kembar. Lagi terkejutlan Stan, sebelumini dia kena menerima seorang anak sekarang dia kena menerima dua. Dari situ Zoe meragui keikhlasan Stan dan apa terjadi seterusnya korang boleh menonton sendiri di pawagam.

Babak ganas ni. Stan mengoyak baju Zoe Troli budak yang siap consummate

Bagi aku, cerita ini best. Selain adegan romatik yang tahap 18sx (ha..terlupa nak bagi tahu. Cerita ini 18sx, jangan ngada nak bawak bebudak tengok) ia juga diselitkan dengan komedi. Bila ada jer komedi kompem best sebab gelak ini boleh hilangkan stress. Bahasa yang digunakan agak sempoi. Ye la, cerita 18sx ayat dia 18sx juga la. Tetapi walaupon 18sx tiada adegan sex yer. Harap maklum. Korang bukan leh caya, karang pegi tengok tak der adegan tu kata aku tipu. Ni aku dah bagi tau awal-awal.haha..Aku bagi 4 bintang untuk cerita ini. Tapi korang jangan lupa singgah official web site cerita ini. Sebab bagi aku interaktif gila website diorang. http://www.theback-upplan.com/

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “Review : The Back-up Plan

Leave a Reply