Review : A-Team

Awat malas betul aku hendak menulis review ni. Padahal dah lama aku tengok cerita A-team ni. Sabtu lepas dengan member-member office. Nasib baik cerita sudah lama dan student UiTM belum masuk lagi, kalau tidak aku rasa penuh panggung TGV kat Bukit Raja tu. Ini aku sampai pukul 1.20 pm still boleh dapat seat tengah belakang. Hanya separuh hall jer penuh.

Advertisement

Kembali kepada cerita A-Team. Sebuah cerita aksi dan komedi. Mungkin sudah trend sekarang kalau cerita aksi diselitkan juga dengan komedi. Mungkin mengelakkan penonton berasa bosan. Cerita ini kesinambungan dari TV show pada 1980. Empat tentera amerika yang menggelarkan mereka sebagai A-Team tersebut, tiba di Iraq dan ditugaskan untuk mengambil kembali plat untuk mencetak wang kertas US Dollar 100. Setelah misi berjaya dan ingin mengembalikan duit yang telah dicetak kereta komander dan kontena yang terdapat duit di dalamnya telah di letupkan manakala plat tersebut telah dicuri. Mereka berempat telah dipenjarakan kerana bertindak tanpa mengikut arahan. Enam bulan kemudian ketua A-Team iaitu Hannibal Smith mendapat pelawat dari pegawai CIA yang memberitahunya siapa yang telah mencuri plat tersebut. Jadi pegawai CIA tersebut membantu Hannibal keluar dari penjara dan seterusnya Hannibal menyelamatkan lagi 3 orang team dia.

Cerita ini memang penuh dengan aksi, part paling lawak ialah seorang ahli A-Team, Murduck kapten kapal terbang yang memang terror. Masalahnya ialah, dia ini mengalami masalah mental yang menyebabkan B.A jadi takut untuk menaiki kapal terbang kerana dia hampir terjatuh ketika menaiki helikopter. Semasa Hannibal ingin menyelamatkan Murduck di Hospital Mental dia suruh semua penghuni memakai cermin mata 3D dan menonton satu video. Video itu memaparkan sebuah jip sedang bergerak menghala ke arah penonton dan tiba-tiba sebuah jip telah merempuh bilik tayangan tadi. Orang gila tadi seronok la sebab ingat real punya 3D.

Untuk cerita ini aku bagi 4 bintang. Pada siapa yang belum tengok, aku rasa tidak rugi kalau korang pergi tengok. Aku tidak pasti samaada masih ada ditayangkan di panggunga wayang. Jika tiada korang boleh dapatkan DVD.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

One thought on “Review : A-Team

Leave a Reply