Mendapat Pendapatan Tambahan Dengan Twitter

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Alhamdulillah kenyang makan free tadi. Macam biasa makanan banyak tapi orang yang datang kursus tidak sampai separuh. Yang menjadi mangsa aku sebab kena perabiskan makanan yang banyak tu.

Kalau aku bercerita tentang pengiklan blog aku rasa ramai sudah tahu. Dalam Asia sahaja boleh dikategorikan banyak juga syarikat pengiklan blog yang ada seperti Nuffnang, Innity, Adverlets dan paling terbaru Mangga Online. Tetapi sekarang aku tidak mahu menceritakan tentang pengiklan blog. Aku mahu menceritakan pengiklan di Twitter .

Advertisement

Tahukah korang bahawa kita boleh menghasilkan pendapatan melalui Twitter. Pada yang tidak tahu, ini aku hendak bercerita. Aku tidak tahu berapa banyak syarikat yang terdapat di Malaysia yang menguruskan pengiklan di Twitter ini. Yang aku pasti dan aku join adalah dari Churp Churp. Jika tidak silap aku, syarikat ini satu company juga dengan Nuffnang. Payment akan dibayar mengikut jumlah tweet yang korang buat. Satu tweet dalam 11sen. Tapi masalahnya bukan semua iklan korang boleh tweet. Korang perlu mendapat task baru korang boleh tweet. Jadi keuntungan di situ agak kurang.

Ini aku hendak memperkenalkan satu syarikat pengiklan dari luar negara. Sponsored Tweets, syarikat dari US kalau tidak silap aku sebab payment dia dalam dollar US. Jadi korang banyangkan macam mana masyuknya kalau payment di bayar dalam dollar us. Kalau $50 tu korang darab lebih kurang 3± untuk dapat ringgit Malaysia. Berbeza dengan Churp Churp, payment bukan dibayar mengikut jumlah post. Ia akan di bayar ikut jumlah klik, CPC. Lepas itu korang tidak perlu tunggu task. Korang pilih task yang di senaraikan dan submit. Bila diluluskan oleh syarikat pengiklan tersebut maka akan auto tweet. Untuk task yang sama, korang boleh retweet banyak² dengan ayat berbeza.Selamat mencuba.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

9 thoughts on “Mendapat Pendapatan Tambahan Dengan Twitter

  1. ‘Berbeza dengan Churp Churp, payment bukan dibayar mengikut jumlah post. Ia akan di bayar ikut jumlah klik, CPC’

    bkn bro, churpchurp bayayr kita berdasarkan bilangan follower. makin ramai follower, makin banyak kita dpt. skrg ni follower aku 800, average dpt RM4 utk satu tast

  2. haah, lbh kurang camtu la..sbb aku slalu duk usha perbezaan earning yg aku dpt utk satu2 task..stakat ni, utk earning satu2 task, mmg tak kurang tak lebih. tp memang churpchurp kira berdasarkan follower. sbb tu kena cari follower ramai dgn churpchurp..hehe

Leave a Reply