Apa Nikmat Menonton Bola Ni?

Sudah lama aku ingin bertanya kepada peminat fanatik bola sepak ni? Apa nikmat menonton bola ni? Best sangat ker sampai korang sanggup bangun dua,tiga pagi semata-mata untuk menonton bola? Kalau orang ajak buat qiamulail sanggupkah korang untuk bangun? Aku rasa tidak kot. Itu aku menjadi kehairanan korang boleh sanggup bangun semata-mata tengok bola. Kalau aku, aku mengaku aku memang susah untuk bangun beribadah apatah lagi bangun untuk tengok bola semata-mata. Takder keje la sampai datang office pon mata mengantuk.

Advertisement

Bagi pendapat aku sebab utama mendorong korang adalah sebab terlalu fanatik, betul tak. Macam mana korang boleh jadi fanatik sampai macam tu skali yer? itu jer aku tidak tahu macam orang boleh jadi fanatik sangat. Setakat ini aku tidak fanatik kepada seseorang atau sesuatu. Ada orang fanatik dekat artis sanggup mengikat perut janji dapat beli ticket menonton konsert artis kesayangan mereka. erm..aku kena jumpa pakar psychology ni mintak jawapan dari mereka. Sebab aku betul-betul ingin tahu macam mana rasa fanatik ini boleh wujud sampai mengatasi tahap kewarasan akal fikiran dan penggangan agama.

8 thoughts on “Apa Nikmat Menonton Bola Ni?

  1. tue la pasal..ari sabtu lepas pun cerekarama duk cite psl bola.. bdk perempuan nama nerry tue pun sibuk mencari jawapan kenapa org gila bola

Leave a Reply