UiTM Meneruskan Aktiviti Blocking

Selamat malam. Lewat update blog ari ni sebab sibuk sangat hari ni. Fuh letih gile hari ini, habis meeting tadi hampir jam 6.30 petang sampai tidak sempat untuk join Instant Cash Project Alpha. Lagi sekali untuk meeting kali ini aku dilantik sebagai setiausaha untuk mencatat minit mesyuarat secara paksa rela. huhu.. Mentang-mentang la aku budak baru, diorang buli aku. Sedih tau..

Advertisement

Pagi tadi perkara yang paling mengejutkan aku sebab UiTM block website Nuffnang, Twitter dan Formspring. Setakat itu aku perasan mereka block. Facebook sudah semestinya sudah lama di block. YouthSays juga mereka telah block. Jadi senang cerita apa saja website sosial dan untuk menghasilkan duit mereka akan blog. Memang mati kutu aku dibuatnya. Terpaksa layan semua itu melalui handphone sahaja. Aku risau lepas ini tinggal website UiTM sahaja yang boleh bukak. Jadi mana-mana student yang akan masuk untuk semester baru mahupun pelajar baru, korang akan tumpu kepada pelajaran seperti aku tumpu pada kerja.Cewah tumpu la sangat.hehe..

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

20 thoughts on “UiTM Meneruskan Aktiviti Blocking

  1. salam singgah
    pergh..
    youthsay pun block juga ker??
    bahaye sungguh
    nasib baik UPM xpenah blog ape2
    FB pun ok jer
    hehe

  2. hoho..sistem down tidak kena mengena dgn layan semua tu. mereka block ada 2 sebab. ingin menambah kelajuan internet dan ingin pekerja mereka tidak leka.sebab after office hour benda itu akan open. 1 more, system x perlu upgrade cuma server perlu ditambahkan bagi menampung jumlah pelajar yang ramai.

    “UiTM Dihatiku”

  3. hehehe..i dah rasa semua tu masa study dulu..zaman2 friendster tengah HOT macam FB sekarang ni laa..haha
    .-= Post terakhir blog ReD : ~ SEE YOU… IN 20 YEARS! ~ =-.

  4. sabar ya…

    Kalau lepas office hour kena blok juga. aku tau la. Gunakan kuasa kita iaitu buat aduan dekat MPP. Suruh dorang buat petisyen bantahan.

Leave a Reply