Tips Interview : Jangan Persiakan Peluang

Assalamualaikum. Alhamdulillah sihat hari ini untuk aku ke tempat kerja. Baru sahaja balik dari lepak minum kat luar. Kekenyangan pekena mee kari tadi. Sambil makan, keluarlah isu-isu semasa. Biasalah lepak dengan senior, jadi macam² cerita akan keluar. Dari kes Komando Israel yang menyerang dan menawan kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza – Mavi Marmara sehinggalah ke kisah interview juruteknik komputer jumaat lepas.

Ini aku hendak ceritakan kekecewaan panel penginterview. Bayangkan seramai berpuluh-puluh yang datang hanya beberapa orang sahaja yang betul-betul bersedia. Korang tahu tak, punya susah untuk memilih senarai beribu-ribu orang untuk di shortlist dan dipanggil untuk temuduga. Satu hari tidak tidur untuk memilih dan hasilnya amat mengecewakan. Mereka merasakan, adakah kami salah memilih orang. Macam mana orang yang tidak dipilih tetapi memang berkelayakkan untuk memegang jawatan tersebut. Mereka rasa bersalah gila sebab tidak memberi peluang pada mereka yang betul² layak. Sampai 80% yang datang interview kata UiTM untuk orang bukan melayu juga, itu sudah tahap parah. Tapi tidak boleh salahkan mereka sebab apa yang tertulis tidak semestinya sama apa yang tersirat.

Advertisement

Nasihat aku kepada bakal yang pergi untuk temuduga. Bersedialah korang dengan ilmu yang cukup. Bukan setakat ilmu untuk post yang korang mintak malah penuhkan ilmu pengetahuan am dan isu semasa. Jangan sampai isu Israil pun korang tidak ambil tahu. Itu bukan katak bawah tempurung dah, itu sudah jadi katak dalam pembentung. Sebelum korang pergi untuk temuduga, kaji dulu profile syarikat tersebut. Jangan bila ditanya apa company itu buat, korang menganga. Jangan bagi alasan tidak sempat sebab sekarang zaman internet. Satu click macam² info boleh dapat. Jangan persiakan peluang yang korang dapat. Kesian pada mereka yang tidak mendapat peluang langsung.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

10 thoughts on “Tips Interview : Jangan Persiakan Peluang

  1. Terasa… Sebab hari tu pergi interview uitm, tapi tak dapt jwb soalan berkaitan uitm. Konvo uitm ke berapa yg baru berlangsung? 72… Skrg ingt sampai bila-bila =(

Leave a Reply