Sedikit Perubahan Template Blog Anak Perak

Selamat malam. Malam ini bermula kick-off World Cup 2010 menyaksikan pertemuan antara tuan rumah South Africa menentang Mexico. Aku baru dapat tahu pagi tadi bahawa acara perasmian berlangsung pada awal pagi ini iaitu jam 3.00 pagi. Adus terlapas aku menyaksiakan acara perasmian. Ade siaran ulangan tak?

Ok, aku telah membuat sedikit perubahan dengan template aku dengan membuang video widget Project Alpha sebab aku merasakan benda itu melembabkan blog aku. Lagipun Project Alpha musim ke 2 telah melabuhkan tirainya. Setelah membuang widget tersebut aku telah menambah widget baru iaitu Live Traffic Feed dari Feedjit.

Aku sudah lama tahu tentang Feedjit ini. Sebelum ini aku tidak mahu pasang sebab tidak lawa dan merosakkan pemandangan. Tetapi setelah mengalami proses penjenamaan semula dan proses re-engineering widget ini nampak professional. Dengan connection dengan akaun Twitter dan Facebook memang nampak dasyat benda ini. Bila aku usha blog lain nampak lawa pasang benda ini, jadi aku mengambil keputusan memasangnya. Setelah diubah-ubah color, tarra memang masuklah widget ini dengan template aku yang ini.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

13 thoughts on “Sedikit Perubahan Template Blog Anak Perak

  1. kantoi la kalau lepas ni dtg baca n tak komen..haha, ok aku gurau..
    mmg dh ramai yg buat..tp aku tak minat pulak benda ni, even nmpak semart

  2. Aku memang jarang komen.kadang2 nk tinggal jejak pon x.haha.. :p
    Aku tiba-tiba mcm minat sebab klu yang ade profile tu aku leh terjah lik walaupon dia x link kat chatbox

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.