Reviews : Lagenda Budak Setan

Selamat malam der, kepala aku still pusing² lagi. Kalau esok still lagi macam ini mau aku amik mc kot. Semua orang duk bercerita tentang Lagenda Budak Setan. Aku pon dapat tahu benda ini akan ditayangkan dari Bean masa lepak² minum hari itu dia kata hendak tengok cerita Lagenda Budak Setan. Mula² aku malas hendak tengok, iyalah cerita melayu katakan. Tapi semua orang asyik sibuk perkatakan, jadi aku pergilah tengok.

Advertisement

Orang kata cerita ini adaptasi dari novel. Entoh aku pon tidak tau dan malas ambil tahu pasal novel. Aku tidak berminat baca novel walaupon di rumah aku ada berkotak² kakak aku punya, tapi sekalipon aku tidak pernah baca kecuali sinopsis dibelakangnya. Ok berbalik pada Lagenda Budak Setan, cerita lakonan Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Fazura dan ramai lagi. Itu sahaja yang aku kenal dan ingat.hehe..

Mengisahkan seorang Budak Setan di kolejnya bernama Kasyah (Farid Kamil) telah jatuh hati dengan Ayu (Lisa Surihani) ketika mengenakan Ayu ketika sedang minum coke dengan meletakkan cicak di dalamnya dan menyelamatkan Ayu dari tercekik cicak. Dari situ cinta mula berputik dan Kasyah mula berumah dari budak setan kepada budak yang baik macam aku. Kasyah telah masuk ke pendalaman untuk menyiapkan tugasan yang agak lama dan dalam masa yang sama mak Ayu sakit dan menyuruh dia berkahwin dengan Azmi (Que Haidar). Azmi seorang yang panas baran menyebabkan hidup Ayu tersiksa dan menyebabkan malapetaka terhadap Ayu. Ha, untuk tahu selanjutnya korang pergilah tengok sendiri. Tidak best la aku cerita keseluruhan cerita.

Pendapat aku tentang cerita ini. Cerita cinta yang biasa² kita tengok. Kita dapat mengagak jalan ceritanya seterusnya apa terjadi dan apa kesudahannya. Bagi aku, cerita agak biasa dan terlalu jiwang bagi aku. :P  Tiada kelebihannya, orang yang teringin menontonnya mungkin terpengaruh dengan novel dan merasakan cerita ini best. Aku yang tidak pernah membacanya, tidak berasa teringin untuk menonton sebab aku merasakan cerita ini sama macam cerita drama TV. Tapi orang sudah hendak tengok, kita penuhi hasratnya. Berapa bintang aku kasi? Dua bintang dari lima. Cerita yang aku tidak galakkan untuk menonton.lalala~ jangan marah.haha..

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Reviews : Lagenda Budak Setan

  1. cis! cis! nasib baik… sebab statement “Tapi orang sudah hendak tengok, kita penuhi hasratnya.” dia nak kutuk pun ok la. dterima sebab memenuhi permintaan orang kan.. kalau tidak, memang kaw2 kena belasah dengan i! muaahahhaha

  2. kan kan kan novel dia memang best!*si peminat novel..tp cerita tak sampai kat jiwa..lalalala

    Kasyah mula berumah dari budak setan kepada budak yang baik macam aku. <–statement paling ta buleh belah wakakah

  3. aku tahu novel ni gempak sebab zaman sekolah aku novel ahadiat akashah memang salah satu fevret aku. dulu aku sangat rajin membaca novel. Tapi bila filem ni keluar, tengok trailer dia tak sama mcm novel LBS yang aku baca, aku memang dah tak terasa sgt nk tgk, review org ramai pun memang tak best..

    Cuma skrg, dgrnya novel LBS di reprint lagi untuk orang2 yg tak pernah baca, kakak ipar aku siap nak beli online la..kayala Ahadiat balik sbb be4 diz kan dia disahkan bankrup.

Leave a Reply