Review : Robin Hood

Cerita sudah berkurun keluar baru aku hendak review.ish2..pemalas sungguh diriku ini. Semalam satu post pon tidak keluar. Kenapa dengan aku ini. Sifat pemalas meleret-leret. Aku hendak pergi bercuti jugak. Aku hendak relekskan minda. huhu..

Advertisement

Ok cerita Robin Hood aku tengok minggu lepas sebab kecewa tidak dapat tengok Killers disebabkan ticket cerita Killers sold out. Jadi dari tidak buat ape, tengoklah cerita Robin Hood menggunakan ticket free yang diberi oleh Digi. Cerita Robin Hood yang sebelum ini kita ketahui bahawa mengesahkan Robin Hood yang dibuang daerah melakukan aktiviti mencuri golongan orang-orang kaya untuk membantu orang miskin dan anak yatim. Dalam cerita Robin Hood movies ini, menceritakan sejarah sebelum Robin Hood boleh jadi pencuri dan duduk dihutan.

Robin Longstride (Russell Crowe) sebelum ini sorang pahlawan perang. Ketika itu dia membantu England menentang French. Dalam peperangan tersebut King Richard’s mati. Jadi Robin Hooda dan rakannya iaitu Will Scarlett, Alan-a-Dale dan Little John igin pulang ke England mereka terserempak dengan sekumpulan penghantar topi besi King Richard telah diserang hendap. Seperti kita sedia maklum Robin Hood terkenal skill memanah membantu pasukan penghantar tersebut. Robin Hood dan rakannya menyamar sebagai pasukan penghantar dan menghantar topi besi tersebut ke England.

England di perintah oleh raja baru dilantik iaitu adik kepada King Richard, Prince John. Prince John ini jenis memandang kepada kekayaan sahaja. Maka dia mengarahkan Godfrey untuk mengutip cukai kesemua negeri dalam jajahan mereka. Godfrey macam biasa menggunakan kekerasan dia untuk mengutip cukai. Fuh, letih aku bercerita. Apa kata korang tengok sendiri di wayang. Jika tiada pergilah cari DVD. Pastikan yang original.

Pendapat aku tentang cerita ini : Cerita ini memang best sebab mengisahkan perang zaman dahulu. Menggunakan pedang dan panah sebagai senjata. Aku suka tengok part Robin Hood memanah memang terbaik! Semasa mereka berperang di pantai, pasukan memanah pelepaskan tembakan serentak. Sudah macam lebah menyerang manusia. Aku bagi 4 bintang cerita ini sebab plot cerita menarik dan action dalam cerita ini memang superb. Next, reviews cerita Killers.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply