Review : Knight & Day

Selamat petang jumaat semua. Cepat masa berlalu sudah hari jumaat yer. Hari khutbah jumaat tentang pentingnya menghormati ibubapa. Esok hendak pergi tengok cerita A Team, tapi entoh macam mana member aku tidak boleh reserve ticket. Aku mana biasa booking di TGV kalau pakai GSC reti la. Lagipun TGV ni kalau hendak beli ticket pakai kredit kad, leceh betul. Sudahlah kredit kad aku sudah sampai limit.ngehehe..

Cerita Knight & Day lakonan oleh dua pelakon terkenal iaitu Tom Cruise sebagai Roy Miller dan Cameron Diaz sebagai June Havens. Cerita ini kategori action dan komedi. Lebih kurang dengan cerita Killers. Roy Miller sorang secret agent yang bertanggungjawab melindungi sebuah bateri yang diberi nama Zephyr. Jalan cerita seperti cerita spy yang biasa-biasa yang kita tengok cuma yang membezakannya adalah cerita ini ada unsur komedi. Ada satu babak itu memang best, macam main game lak. Ada beberapa kelemahan dalam cgi semasa babak kapal terbang terhempas dan semasa lembu mengejar tom cruise dan Cameron Diaz.

Untuk cerita ni aku beri 3½ bintang. Jalan cerita agak biasa cuma aksi dan komedi menyebabkan cerita ini nampak gempak. Untuk cerita ini aku galakkan untuk korang menonton. Jika di tanya sama ada cerita ini best atau cerita Killers, aku rasa aku akan pilih Killers.

6 thoughts on “Review : Knight & Day

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *