Review : Three Idiots

Movie ini rasanya sudah lama ditayangkan di panggung wayang. Aku tengok cerita ini di Astro Box Office. Ini adalah cerita hindustan. Tiga kali aku asyik dok ulang tengok cerita ini. Tapi tidak boleh mengalahkan aku tengok cerita Slumdog Millionaire iaitu sebanyak 4 kali. Haha.. peduli apa aku korang nak cakap aku mamat hindustan. Siapa yang tidak tengok lagi Slumdog Millionaire baik korang cari cd dia. Memang tidak rugi korang tengok. Sekarang aku hendak cerita pasal Three Idiots.

Advertisement

Three Idiots mengisahkan tiga orang sahabat Farhan Qureshi (R. Madhavan), Raju Rastogi (Sharman Joshi), dan Rancchoddas “Rancho” Shyamaldas Chanchad (Aamir Khan) yang belajar di Imperial College of Engineering yang memang cukup popular di India. Untuk memasuki kolej ini memang susah, orang yang cukup berkelayakkan sahaja yang diterima masuk. Dean dia, Professor Viru Sahastrabudhhe (ViruS) (Boman Irani) memang terkenal dengan garang dia. Tetapi ada seorang pelajar yang berani menentang pendapat dan pandangan Virus iaitu Rancho.

Rancho ingin mengubah konsep dan cara pembelajaran di kolej tersebut pelajar yang belajar disitu memang hidup dengan penuh tekanan sebab Virus ingin mengekalkan status kolej kejuruteraan no 1 di India. Jadi cara pembelajaran dan mengajaran dia memang dasyat. Exam berpuluh-puluh sehingga ada pelajar yang membunuh diri sebab tidak tahan dengan tekanan. Bagaimana Rancho ingin mengubah cara pemikiran virus yang hanya mementingkan kecermerlangan. Kalau korang hendak tahu korang boleh beli DVD or tengok di ABO. Ataupon korang boleh baca sinopsis yang lebih details di sini.

Cerita ini merupakan cerita lawak tetapi dalam lawok ada juga part-part yang sedih. Cerita ini banyak memberi pengajaran kepada penonton. Jalan ceritanya memang menarik seperti sebuah penceritaan tentang pengalaman sebenar hidup pelajar di universiti. Watak Aamir Khan memang menjadilah. Muka selamba sahaja bila bercakap, tapi memang lawak la. Jenis hendak memberi nasihat kepada orang dengan cara memerli. Sape yang kena tu, memang menusuk kalbu. Lagu-lagu dalam cerita ini juga memang best, menarik dan terbaik. Aku bagi 4 bintang untuk cerita ini


Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Review : Three Idiots

Leave a Reply