Preview Screening – Karate Kid. Siapa Pergi?

Selamat petang. Sape pergi tengok karate kid malam ini? huhu..best la korang. Aku buat kali kedua tidak dapat. Entoh x der luck kot, kena mandi bunga lepas ni. Kreativiti aku sudah kurang, mungkin ada benda yang mengganggu kepala otak aku ini untuk berfikir. Sebab itu kalau korang perasan aku sudah lama tidak buat post untuk Instant Cash Project Alpha. Kalau tidak, laju jer aku buat post.

Advertisement

Sekarang rasa macam malas nak join contest anjuran Nuffnang, bukan sebab down tidak dapat ticket free buat dua kali berturut² tapi aku memang sudah tahap tidak boleh berfikir secara logik. Hendak keluar satu entri pon susah seperti ketika sedang sembelit. Jenuh meneran tapi tidak keluar² jugak. Boleh tak aku hendak bersara. ish..baru berblog tak sampat setahun takkan nak bersara kot. Jangan harap der.hehe..

Apalah yang menggangu kepala otak aku dari berfikir. Hendak kata fikirkan awek, masih solo. Hendak fikir pasal keluarga? erm..baru saje balik kampung dan mereka semua ok. Hendak fikir pasal kerja, rasanya tidak presure sangat sekarang. Erm..entoh la. Kena pergi bercuti aku rasa coz aku lama tidak pergi bercuti jauh². Asyik terperap kat sini jer. Bilik free untuk 3 hari 2 malam di Legend Hotel, Cherating ada dah ni. Bila mahu pergi, aku sendiri tidak pasti..

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

10 thoughts on “Preview Screening – Karate Kid. Siapa Pergi?

  1. haha, saya pergi, jngn jeles,huhu, xdela, memaen je, itupon naseb je, cuber la buat blog post about toy story tu, maner tau dapat lak ker,huhu….

  2. ha..apa kata kita exchange voucher nak x?? kak sumi pun ada gak bilik FREE.. ko ambik yg kat KL. Yg kat cherating tu ko bg kak sumi. Ko lom kawen..rugi g sana… bg kak sumi yg ada anak 3 nie.. leh gak romantik2 ngan suami..

    ko nak romantik ngan sapa?? pokok kelapa ker?? muahahah…

    amacam?? nak x??? yg tu 2D/1N free B’fast kat Hotel area federal Higway..lupa lak nama Hotel tu…huhuhu

Leave a Reply