Hari Ini Aku Cancel Acc P1 Wimax

Yea, petang ini aku akan cancel perkhidmatan P1 Wimax aku. Betul kata orang, jangan puji orang selalu nanti dia akan naik lemak. Bila naik lemak dia akan buat hal. Itulah terjadi apada aku, selapas aku puji perkhidmatan P1 Wimax, akhirnya ego sudah bertambah dan perkhidmatan makin merudum. Aku ceritakan kronologi bagaimana service P1 Wimax merudum.

Bermula dengan network maintainance pada 17 June 2010 perkhidmatan mereka mula merudum. Sebelum ini signal boleh mencecah sehingga 60% dan selepas maintainance ia berkurang kepada 20%-40%. Kemuncaknya adalah pada 25 June 2010 apabila terus tidak dapat connection. Jika dapat sekalipun tidak mencukupi untuk browse internet.

Advertisement

Semalam technician mereka datang ke rumah aku untuk memeriksa. Setelah disemak kedudukan rumah aku terletak dalam sekilometer dari dua base station. Bermakna wiggy memang tidak kuat untuk menarik jadi dia suggest untuk menggunakan desktop modem. Aku cakap, ok sebelum en suggest en test dulu connect pakai tu. Jadi dia pon connect. haha..sama gak. Signal still kurang then jika dapat connection pon tidak stabil coz RSSI dalam -88 hingga -92.

Dari sumber-sumber yang aku muskil tapi aku still percaya, sebenarnya network maintenance yang di buat pada base station adalah bukan untuk meningkatkan perkhidmatan tetapi sebaliknya. Sebelum ini hardware yang digunakan dari europe then mereka menukarnya ke barangan dari china. Mungkin untuk mengurangkan cost agaknya. Jadi bila menggunakan hardware dari china radiusnya juga akan berkurang. Itulah kata dari sumber-sumber yang kurang pasti kesahihannya.

Akhirnya bagi mengelakkan kerugian untuk diri aku, aku mengambil keputusan untuk stop perkhidmatan P1 Wimax. Tapi aku memang puji khidmatan pengguna diorang yang memang layan semua masalah pengguna tambah-tambah khidmat pengguna di tweeter. Kalau yang kita call tu, memang perkhidmatan mereka teruk. Boleh mereka cakap tidak tahu. Ish, memang teruk kalau macam itu. Nasib baik package aku pakai ini tiada kontrak. Sebab itu aku berani mencuba, kalau broadband lain memang takut aku hendak cuba sebab terikat dengan kontrak.Ok, siapa yang duduk area kampung jawa korang suggest aku guna apa.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Hari Ini Aku Cancel Acc P1 Wimax

  1. aku dpt free cam 2bln bile service down.. mmg wimax agak mengecewakan gak r.. tp.. kekadang lepas aku komplen, tetibe laju jap.. aku pon xtaw sebab pe leh jd cam2.. aku pkai modem yg gedabak 2

Leave a Reply