Kenapa Kita Hanya Lantang Bersuara

Assalamualaikum. Alhamdulillah baru sahaja pulang menunaikan solat jumaat. Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Selepas sahaja solat jumaat hujan turun mencurah-curah. Sementara menunggu hujan sidang (reda), jadi lepak di kedai makan tepi komplex sukan UiTM pekena mee hailam. Tapi aku order mee goreng, argh nantak ler. Bedal jer janji sedap.hehe..

Ok la, kembali kepada topik kita. Kenapa kita hanya lantang bersuara tetapi tiada tindakan. Aku menjurus kepada isu Israil. Bila sahaja kapal bantuan di serang, barulah ramai bersuara, kalau saya disuruh pergi, saya akan pergi untuk menghantar bantuan. Selepas pasukan menghantar bantuan sudah balik baru korang hendak cakap, buat apa der. Masa hendak pergi tidak pula korang tampilkan diri.

Advertisement

Lagi satu example, buat tunjuk perasaan boikot barangan israil. Tapi sambil jerit boikot korang teguk air coke. Bila sudah bersurai lepak McD untuk mengisi perut yang lapar lepas penat berdiri dan menjerit boikot barangan Israil. Apakah semua ini? Korang ini cakap tidak serupa bikin la. Lagi satu persidangan negara-negara Islam (OIC). Apakah tujuan ditubuhkan? Adakah sekadar “oh, I see”. Semua pemimpin negara² lantang, hentikan peperangan dan sama-sama kita bergabung tenaga membantu sesama islam. Selepas persidangan? Semua buat tidak dengar dan tidak nampak.

Petisyen bantahan aku rasa berlambak sudah dihantar siap boleh dijadikan kamus. Tapi aku tidak paham tujuan sebenar petisyen itu dihantar. Adakah untuk di jilidkan untuk simpan muzium atau sekadar untuk dijadikan bahan api white house ketika musim sejuk. Erm…sama-sama kita renungkan. Kalau setakat pandai cakap dan tidak pandai buat baik jadi blogger macam aku sekadar mampu menulis tetapi tidak mampu bertindak.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bermaksud:

“Sesiapa yang melihat kemunkaran hendaklah ia menghapuskannya dengan tangan (kuasa), jika dia tidak mampu maka hendaklah dia lenyapkannya dengan lidah (teguran/nasihat) dan jika dia tidak mampu juga maka hendaklah dia ubahkannya dengan hati (benci terhadap kemunkaran/azam untuk mengubahnya) . Yang sedemikian itu (tindakan dengan hati), adalah selemah-lemah iman”.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply