Kenapa Aku Tidak Mahu Guna Streamyx

Kesinambungan dari post sebelum ini. Ada orang suggest aku menggunakan Streamyx. Ya aku akui streamyx memang connection dia stabil dan tiada quota tetapi still ada polisi fair usage. Tentang polisi fair usage ini korang boleh baca di sini. Ini bermakna kalau korang ambil package 1MBps tidak bermakna korang dapat 1MBps. Korang akan dapat kurang bergantung pada jumlah pengguna. Selain itu antara sebab-sebab lain aku tidak mahu guna.

Advertisement
  1. Memerlukan cabelling yang charge dia mengikut kepanjangan kabel atau minimum RM 30
  2. Perlu membayar deposit telefon dan internet
  3. Kontrak selama setahun yang menyebabkan aku terikat.
  4. Bila berpindah dikenakan charge yang mahal untuk pertukaran alamat.
  5. Modem tersebut tidak boleh dicucuk ke mana-mana telefon kecuali telefon yang di daftarkan untuk akaun streamyx.
  6. Hanya boleh digunakan di premis yang didaftarkan dan bukan ditempat lain.
  7. Harga package agak mahal sebab bayaran charge telefon dan internet di asingkan. Sekarang tiada lagi package combo.
  8. Customer service yang amat mengecewakan

Bukan aku tidak pernah guna streamyx ini, aku pernah menggunakan selama setahun sebelum ini dan di kampung aku juga menggunakan streamyx. Jadi pada yang memang bermustatin satu tempat dan jarang menggunakan diluar aku memang suggest korang guna Streamyx. Tapi aku, mungkin tidak.

P/S : P1 Wimax still memujuk aku untuk stay dan bagi perkhidmatan percuma selama sebulan.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Kenapa Aku Tidak Mahu Guna Streamyx

  1. betul
    banyak masalah gak ngan streamyx ni
    customer service jangan cakaplah
    memang hampeh
    tapi aku tetap pakai streamyx
    huhu

  2. aku stay kampung.. dan guna streamyx..memang laju je..dapat full speed maybe sebab tak ramai org sini guna tenet.. boleh kata streamyx ni sesuai untuk kampung je hehe

    lepas ni masuk univ ke cari ISP lain lak..ades..takde sugesstion yang best2 ke?

Leave a Reply