Perkara Menyakitkan Hati di Panggung Wayang

Selamat Petang. Tidak sabar tunggu habis office hour sebab aku ingin pulang ke kampung halaman. Yahoo..Anak Perak pulang ke ganggang (macam ni ke ejanya? Macam ganggang telefon jer). Petang ini aku kasi entri releks tetapi isu yang hangat bagi kaki wayang macam aku. Senarai perkara yang menyakitkan hati bila berlaku di dalam panggung wayang.

Advertisement
  1. Tidak Reti Silent HP
  2. Jenis tidak paham or buta sign. Aku rasa hendak ambik hp dia campak dalam mangkuk tandas.

  3. Main SMS
  4. Memang la korang buat silent. Tapi cahaya lampu dari HP korang menyakitkan mata. Menganggu pemandangan.

  5. Kaki Tidak Reti Duduk Diam
  6. Ade penyakit parkinson kot. Jenis kaki dok sepak-sepak kerusi depan. Ish, karang ade kena makan penyepak lak.

  7. Kaki Menjalar
  8. Ha,selalu dalam gelap tangan menjalar. Yang dia ni lain, kaki dia menjalar sampai ke seat depan. Orang jenis ni hendak duduk selesa tetapi tidak mampu duduk panggung 1st class.

  9. Buat Meeting
  10. Ini lagi sakit hati, masalah rumah tangga bawak masuk ke panggung wayang. Siap gaduh-gaduh lagi. Wei! korang nak bersembang pergilah tempat lain.

  11. Narator
  12. Orang jenis ini mintak jadi pengulas sukan tidak dapat. Jadi dia jadilah pengulas cerita dalam panggung wayang. “Ok, lepas ini mereka akan bercium, lepas ini mereka akan bergaduh”. Woi, aku hendak tengok movie bukan hendak dengar ko bercerita.

  13. Gelak Tidak Kena Tempat
  14. Tidak tahulah dia terlepas dari hospital mana tah. Benda tidak lawak dia boleh mengilai-ngilai ketawa dan jenis lagi satu, jenis susah berhenti gelak. Orang sudah habis gelak dia boleh lagi terkekek-kekek ketawa.

  15. Budak-budak
  16. Benda ini selalu terjadi bila movie jenis family atau kartun. Lepas tu mak bapak tak reti jaga anak. Budak tu menjerit, tendang kerusi, siram air kat kerusi depan, menangis. Memang gangguan gila. Kadang-kadang aku heran mak bapak ni, tayangan mid night pon bawak anak-anak. Kompem la budak itu tidur dalam panggung pastu bila terjaga mula menyalak. Bingit der. Baik korang tunggu DVD dan buat hall entertainment kat rumah lagi puas hati dan jimat.

  17. Makan-makanan
  18. Panggung wayang hanya membenarkan bawak masuk makanan yang dijual oleh mereka sahajakan. Tapi orang ni memang kaki seludup. Dia akan seludup segala jenis makanan kegemaran masuk dalam panggung. Siap makan sotong kering bakar. Mulalah keluar bau macam haram jer kat dalam panggung tu. Nak makan sedap sambil usha movie pergi tengok dekat rumah la! Siap boleh bentang tikar lagi.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Perkara Menyakitkan Hati di Panggung Wayang

  1. aku ada gak bawak anak gi tengok wayang…anak aku siap lari2 lagi…tapi time tu adalah 5-6 orng…ko raser depa marah tak?

  2. haousemate sy jenis yg sgt cepat gelak…benda tak klaka pon die leh gelak…mule2 tak tau perangai die cmtu…g tgk movie klaka ngn die, die leh bantai gelak macam pontianak mengilai…bapak malu seh time tu…start dr tu, bile die ajak je g tgk movie citer2 klakar, sy cakap dah g tgk je hehehe….

Leave a Reply