Ehem..Aku Rasa Macam Sudah Popular Jap

Hola! Selamat petang semua. Rasa kekenyangan selepas mencekik Double Cheese Burger set large @ McD. Dapat gelas World Cup 2010. Minggu lepas dapat color hijau dan minggu ini dapat color ungu. Akhirnya hutang aku dengan KancilBiru berbayar sebab sudah belanja dia.

Tadi tiba-tiba KancilBiru suruh masuk satu blog ni. Aku pon masukla then aku perasan rasanya aku pernah masuk blog ni sebab ade record refferel dari blog ni. Tapi aku masuk-masuk cam tu la tak perasan post dia. Aku baca entri dia pasal Free Makeup Workshop by RedGlow. Baca punya baca dia tengah promote satu event. Tiba-tiba aku tersentap dengan satu perenggan ayat yang berbunyi seperti ini

Advertisement

Jadi saya rasa saya memang patutlah mengikuti bengkel ini ya. Tambah-tambah lagi dahla free ya!;D Apa yang membuatkan saya bertambah terharu ialah terdapat beberapa bloggers lain yang turut dijemput hadir ke bengkel ini iaitu Rina Salleh, YnaaOhYnaa, MelRomeo, Kancil Biru, Eyriqazz, Anak Perak dan Wan Azwani.Hebat bukan?=)

Dia guna nama blogger-blogger hebat seperti Rina Salleh, YnaaOhYnaa, MelRomeo, Kancil Biru, Eyriqazz dan Wan Azwani. Yang tak boleh bla macam mana nama Anak Perak boleh terlist. Aku rasa macam sudah popular lak sebab dia menggunakan nama aku untuk mempromote event. Setelah soal siasat nama-nama yang terlist, mereka kata langsung tidak dapat jemputan. Aku pon tidak dapat. Kalau hendak promote pon, bagi la jemputan dulu. Tanya hendak hadir atau tidak. Ini main guna nama orang. Tak baik tau!

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

14 thoughts on “Ehem..Aku Rasa Macam Sudah Popular Jap

  1. owh, takde jemputan ke, anakperak lain kot..hehe
    tp salah guna nama org ni, sbb yg lain2 pun takde dpt jemputan..organizer yg ckp tak betul kot..

  2. dia siap mention link setiap blogers tu.
    memang terang2 salah guna nama.sebab salah sorang dari senarai tu email tuan punya blog. tau dia bls ape,dtg jer la.cit! jemputan pon x dpt

Leave a Reply