Bila Pemimpin Hendak Jadi Artis

Selamat Petang semua. Sudah lunch? Alhamdulillah kalau sudah, yang belum tu bila lagi mau lunch? Mari kita sembang sikit pasal politik. Wah, dah kerap sembang pasal politik, adakah aku mahu join dalam politik. Tidak sama sekali, sebab bagi aku politik.. erm..macam tidak best bagi aku. Aku cuba hendak jadi pengkritik sahaja, boleh tak?

Ok jangan melalut. Kembali pada topic. Siapa layan berita? Siapa tidak layan itu, memang korang katak bawah tayar. haha.. Aku layan berita di TV3, Buliten Utama tu. Sebab dia kurang sikit kipas kerajaan berbanding TV1. Lagipun TV3 banyak memaparkan isu rakyat. Semua orang mengadu dekat diorang. Tidak cukup di berita TV3 buat pula rancangan aduan rakyat. Ini bermaksud terlalu banyak rakyat dianiaya sampai boleh buat satu rancangan.

Advertisement

Pemimpin, bila pilihan raya semua akan keluar. Pergi tiap² rumah. Tolong itu ini. Tapi bila menang, semua senyap tanpa khabar berita dan hanya lantang di parlimen bila parlimen di siarkan secara lansung di tv. Tidak tahu apa terjadi kepada kawasan jagaan dia. Bila keluar berita esoknya baru muka dia keluar tv cakap dia akan menyelesaikan perkara tersebut. Wah nampak macam penyelamat dunia. Padahal benda itu sudah terjadi lama, surat sudah dikirim tapi kenapa bila keluar berita baru bertindak. Adakah tujuan keluar tv supaya rakyat nampak yang dia buat kerja. Ish, banyak aku merepak ni chow dulu nanti ade orang serang.lalala~

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “Bila Pemimpin Hendak Jadi Artis

Leave a Reply