Aktiviti Mengutip Hadiah Di Office Nuffnang

Assalamualaikum. Post sebelum ini aku sudah ceritakan yang semalam aku cuti untuk interview. Jadi alang² sudah pergi KL maka bodoh la aku jika tidak ke office Nuffnang. Fuh, nasib baik aku pandai.haha.. Sebelum pergi ke tempat interview aku singgah sebentar ke office Nuffnang untuk mengambil hadiah dan sijil. Ini kali ke dua aku pergi ke office mereka. Walaupun kali ke dua aku still pakai GPS. haha.. Mana la aku ingat jalan simpang siur KL ni.

Hadiah apa aku hendak ambil? Masih ingat Daily Contest Project Alpha di Ruumz hari itu. Aku pemenang bertuah untuk hari ke 10 dan sijil apa. Aku rasa korang juga tahu sijil apa.Tidak tahu? Tidak mengapa, biar aku flashback ingatan korang dengan membaca post ini Sijil Malaysia Book of Record Ke 2. Masih tidak ingat? Baca ini pula Gatsby Street Fair Memang Hapeningggg!!! dan ini Gatsby Street Fair Final Post. Juga masih tidak ingat? Baik korang pergi jumpa doctor, aku takut korang ada masalah daya ingatan.

Advertisement

Apa yang aku dapat untuk Daily Contest Project Alpha? Sebijik bantal busuk yang comel dari Ruumz dan aku tidak sempat untuk mengambil gambar sebab telah di sapu oleh seseorang. Dia hendak buat apa aku pon tidak tahu. Lihat gambar di atas, banyak tak sijil aku. Itu kurang satu sebab sorang sudah ambil. Antara blogger yang sibuk mengalahkan menteri adalah YB Sumijelly, YB Norfa, YB Bro Framestone dan YB Zuriey. Aku mintak maaf dekat Faizal sebab aku ingat aku ambil, tapi setelah di semak semula, aku terlupa. Maafkan aku…huhu..tidak sengaja..

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

16 thoughts on “Aktiviti Mengutip Hadiah Di Office Nuffnang

  1. abisla..faizal takmo jenguk blog kau selama sebulan..hehehe..
    thanks tau anak perak..satu mslh lagi.tah bile la aku nak pi jumpa kau amek sijil tu plak.hehehe

  2. waaa……..TAHNIAH kerana berjaya mengambil SIJIL bagi pihak kami adik beradik. x per..ko kan tahu alamat kami. Apa kata ko POS pulak.. kan senang.. letak sekali kak sumi punya yek……muahahaha….
    (matik aku kene marah ngn anak perak….asyik kene buli jer dek adik beradik…. muahaha)

Leave a Reply