I wanna watch Toy Story 3

Wah cerita Toy Story 3. Aku minat cerita ni. Aku tengok dari yang 1st sehingga yang 2nd. Cerita Toy Story yang 1st keluar pada tahun 1995 dan masa itu aku sekolah rendah. Confirm la aku layan cerita kartun ini, budak² katakan. Selepas itu Toy Story 2 tahun 1999, darjah 6 time itu. Ingat lagi, masa tu zaman video tape lagi. Siap pinjam dengan jiran cerita ini.

Bila sudah besar, perangai macam budak² tidak hilang lagi. Still layan cerita Toy Story. Sanggup tu cari dekat kedai CD. Siap tanya tokei kedai takut dia ada simpan dalam muzium dia. Tapi hampa, jadi terpaksa cari di internet. Ha, keluar sahaja Toy Story 3 seolah-olah pucuk dicita, ulam mendatang. Cerita yang aku sudah lama aku nantikan untuk sambungannya.

Advertisement

Setiap episode Toy Story memperkenalkan watak baru. Cerita ini semua unsur lengkap dari serius, lawak, cinta dan penjelahan yang paling aku suka. Unsur cinta pon aku suka. Toy Story 1 semua solo masuk Toy Story 2 semua sudah ada pasangan masing². Dalam hati ada taman tu.hehe..

Watak yang aku minati sejak dulu iaitu Woody, seketul seorang patung koboi. Watak dia memang memang best, iyalah hero katakan. Untuk Toy Story 3 watak baru diperkenalkan seperti Ken, Peas-in-a-Pod, Stretch Mr Pricklepants. Tapi aku minat watak Mr Pricklepants sebab comei.hehe..Lagipun watak singa tu macam return tu Africa. Tiba² masuk piala dunia lak.


Ini dia Mr Pricklepants yang comel

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

10 thoughts on “I wanna watch Toy Story 3

Leave a Reply