Tolong! Idea Aku Sudah Hilang

Selamat petang semua. Hari ini lepak rumah sahaja selepas malam tadi letih berparti. Pasal parti semalam nanti² la aku post. Tunggu orang lain post dulu. Lagipon aku tiada gambar banyak. Ye la, tangkap gambar pakai hp murah jadi dalam suasana gelap, nampak apa pon. Biji mata boleh la nampak.

Advertisement

Tidak tahu la semenjak dua ni aku malas mengupdate blog. Kemalasan aku tahap melampau. Lagipon idea macam tidak mahu keluar pulak. Jenuh kuperah-perah, tapi tidak juga keluar idea² ni. Tidak tahu la mengapa. Mungkin asyik terfikirkan seseorang kot. Stop² jangan teruskan ayat jiwang, nanti ade orang kutuk aku.haha..

Semalam lepas berparty tetapi malam masih muda, lepak dengan..Kejap² aku tengah mengingat nama orang.huhu.. Onetasha, cikhel, bean,ciklilyputih, ernie.haha..teror tak aku ingat nama. 1st time aku lepak dengan diorang. Ye la walaupon event Nuffnang banyak join tapi kan aku pemalu orangnya :P Best gak lepak dengan diorang, memang tidak henti² gelak. Korang memang best la. Hope dapat lepak ramai² lagi lepas ni.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

13 thoughts on “Tolong! Idea Aku Sudah Hilang

Leave a Reply