Tips Memilih Template

Sebenarnya hendak tukar template ni proses yang susah dan memakan masa yang lama. Lagi lama dari buat templates sendiri. Masa aku menggunakan blogspot, aku suka mencari template di btemplates.com. Aku rasa korang lagi banyak source untuk mencari.Baiklah step untuk tukar template versi aku punya

Advertisement
  1. Tujuan
  2. Korang kena tahu tujuan. Selalu tujuannya adalah bosan tengok template lama. Ada juga sebab template sekarang tidak muat letak widget atau korang rasakan template sekarang terlalu berat.Kalau tiada tujuaan baik tidak payah, buang masa jer.

  3. Kehendak
  4. Sebelum mencari template korang kena ade kehendak sebabnya nanti bila dah tengok template yang banyak² tidak tahu hendak memilih mana satu. Semua korang nak. Selalunya kehendak ni seperti berapa column,color ape,header besar mana. Selain itu korang kena cari template yang sesuai untuk meletakkan iklan korang.

  5. Mencari
  6. Proses mencari pon bermula. Belambak template di internet. Korang taip jer kat Google “Blogger Template”, bersepah-sepah template.Korang jangan lari pada kehendak cari jer macam mana korang nak. Kalau tidak jumpa cari lagi dan lagi dan lagi..Mesti ada punya.

  7. Preview Sebelum download dan letak kat blog korang. Korang preview dulu. Jangan tengok kat thumbnail sahaja.Masa preview korang kena perhatikan.
    • Order list
    • Unoder list
    • Quote
    • Color
    • Font
    • Comment
    • Column
  8. Pilih
  9. Sudah semestinya template itu tidak memenuhi 100% apa yang korang mahukan. Tapi korang pilih hampir² dengan korang mahukan sebab yang selebihnya korang boleh ubah sendiri seperti saiz font, jenis font,color font.

  10. Backup
  11. Sebelum apply template baru make sure korang backup dulu semua widget seperti chatbox,hitcounter dan segala macam coz takut hilang.Karang jenuh hendak mencari balik. Macam mana hendak backup? Korang bukak notepad then copy coding² widget korang.Bila dah backup baru upload template baru.

  12. Edit
  13. Kalau korang terror dalam css, korang skip step ke 3 dan seterusnya. Namapun teror, buat sendiri la. Yang amatur seperti aku korang amik orang lain punya dan kita edit sikit-sikit ikut selera kita.

    Kadang² ape yang kuar kat gambar thumbnail tak sama dengan korang dah pakai example tiba² kat tarikh tu kuar undefined.Jika tidak tahu, jangan malu² bertanya. Sebab semua orang pon masih dalam proses belajar. Tapi kalau nak orang tu buat dengan dasyat template untuk korang, pandai² ler korang mengayat.hehe..

  14. Quality Control (QC)
  15. Wah siap QC tu. Ye memang perlu sebab benda free, mesti ade yang problem.Kadang² orang terlepas step QC ni then mula la tak perasan yang blog dia tidak boleh comment. Korang test semua seperti buat post ade guna quote,link,order list,unorder list,letak image bila dah siap korang komen sendiri.Tengok hasilnya macam mana.Bila tidak puas ati mula step 3 balik.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Tips Memilih Template

  1. dulu aku selalu guna template yang free ni, tapi banyak yang tak berkenan kat hati.. skang aku guna blogspot nye draft, buat sendiri template.. tapi bro template ko lawa la, ajar la skit..

  2. btol..bila aku dh buhsan, baru aku tukar template, tapi kalo org lain yg buhsan ngn template aku, aku tak kisah pon..hahah

  3. Ye, blogger in draft memang best. aku sempat pakai jap sblm bertukar ke wordpress.

    Nak ajo ape, template ni pon aku sapu jer kat internet.hehe..

  4. haha..kalau org lain bosan pon aku buat dek.mampus la nak tukar tiap2 ari ikut kehendak org.tp blh gak buat auto rotation.tiap2 jam btukar.hak3..

Leave a Reply