Template Sebagai Identiti Blog

Morning! Pagi ini bos aku pergi meeting. Jadi curi masa sikit update blog. Betulkan template ape yang patut. Buang JavaScript yang menyebabkan keberatan pada blog. Bila la aku hendak betul KancilBiru punya template ni. Aku rasa dia punya template tiada masalah cuma javascript dia. Kalau soal javascript aku lemah sedikit, kena makan masa jugak mengadap.

Advertisement

Pagi ini hendak bercerita tentang apa yer? Erm..fikir punya fikir keluarlah tajuk seperti diatas, template sebagai identiti blog. Itu anggapan aku sahaja. Sebab apa aku kata demikian. Ye la sekarang berjuta-juta blog wujud, setiap saat ada sahaja blog baru akan bukak. Kalau di Geng Blogger tu, hampir setiap minit ada orang ping. Jadi kadang² kita tidak ingat blog mana kita pernah terjah. Tambah² blogwalking tegar, kadang² setiap kali post dia tulis ayat sama kat chatbox.hehe..Kantoi disitu.

Sesetengah blog tidak letak profile owner, macam blog aku ini. Hendak ingat url, lagi la susah sedangkan nama orang pon susah hendak ingat apatah lagi url. Oleh itu kita kena letak keunikan dalam blog kita. Ada sesetengah blog, aku ingat melalui template. Bila dia tukar template aku sudah tidak kenal. Kalau blog itu selalu aku terjah, perasan la dia tukar template. Tapi yang lama tidak update, then tiba-tiba tukar template. Udah teman jadi tak kenal.

Macam mana hendak jadi unik dari template free?

  • Ubah header mengikut kretiviti kita sendiri. Simple pon tidak mengapa, janji nampak unik. Kalau buat logo sendiri, itu sudah cukup bagus. Walaupun tukar macam manapun orang tetap ingat akan logo tersebut.
  • Susun atur widget biar nampak lain dari yang lain. Tapi jangan nampak pelik sangat sampai Nuffnang punya iklan letak di footer. Itu sudah tahap unik sangat.
  • Pilih satu color yang korang minat. Jadi macam Daus, ingat hijau ingat Daus. Kalau tukar template pun cari color yang sama

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

11 thoughts on “Template Sebagai Identiti Blog

  1. betul, theme yang cantik dan tersendiri memang akan senang diingati dan menarik perhatian pembaca.. saya dalam perjalanan menghasilkan theme sendiri.. herm… mgkn bukan masa yang terdekat tapi wajib ada :)

Leave a Reply